Perkongsian kisah kali ni Kak Jah dapat daripada Kisah Rumah Tangga. Sedih hati Kak Jah baca bila seorang isteri dituduh menjadikan suami hamba abdi hanya kerana suami tu layan isteri dengan baik. Laaa dilayan baik orang complain, layan jaha lagilah orang complain. Kak Jah tak fahamlah netizen ni.
Kisah ni diceritakan oleh seorang wanita bernama Laila (bukan nama sebenar) yang terkejut apabila suaminya tiba-tiba datang kepadanya dan menangis.
“Malam semalam suami balik kerja, senyap je. Tak banyak bercakap. Masa makan pun dia senyap, tanya sepatah jawab sepatah. Saya ingat mesti dia penat sebab kerja jauh.
Tapi masa nak tidur semalam, dia tiba tiba panggil saya and peluk saya dan terus menangis. Dia sedih rupanya bila mak and kakak dia sendiri cakap isteri dia buat dia macam hamba abdi.
“Saya buat suami macam hamba? Allahu tersentak. Takkan dgn 2 hari balik kampung, mertua dgn ipar dah boleh ckp mcm tu dkt saya. Suami saya menangis cakap, salah ke saya layan awak macam bidadari sedangkan awak pintu rezeki saya, salah ke saya manjakan awak sebab awak takde siapa dah kat dunia ni selain suami?”
Menangis Laila dan dia tiba-tiba rasa terkilan dengan ibu mertua dan kakak ipar.
Laila sekarang sedang mengandung anak sulung dan usia kandungannya sudah mencecah 7 bulan. Kata Laila, dia memang mabuk teruk dan masih hidup dengan plastik dan minyak angin. Muntah tu tak payah cakap lah, siang dan malam dia muntah.
Lebih buat Laila terkilan, masuk dapur nak potong bawang, kakak ipar dah potongkan ,nak siang ayam , mak mertua dah buatkan, nak masak, mak mertua cakap takpe sebab bapa mertua tak makan masakan orang lain. Tak kena selera katanya. Habis Laila nak buat apa? Berdiri nyanyi lagu negaraku? Pinggang sakit, tak dapat nak berdiri lama.
Laila pergi ruang tamu duduk je kat situ, suami datang urutkan kaki tanpa aku minta pun itu yg dikatanya suami Laila hamba. Allahuakbar. Takpernah terlintas atau terniat pun nak hamba kan suami sendiri, getus hati Laila. Dia tak pernah berkira dgn apa pun.
“Suami saya sebelum bagi duit nafkah pada saya, saya suruh dia bagi dulu pada mak mertua, bila mak mertua dah ambik baru saya ambik duit nafkah. Barang dapur pun sama, saya akan suruh penuhkan barang dapur rumah mak mertua dulu baru saya fikir untuk penuhkan barang dapur rumah saya,” kata Laila.
Dia dan suaminya dua-dua bekerja dan memang letih, memang tak mampu nak buat semua benda sendiri. Tapi dia tak pernah sesekali pun ambil kesempatan terhadap kebaikan suami, Laila masih tahu tanggungjawab.
Yelah, Kak Jah faham sangat sebab kita perempuan ni kalau boleh nak suami yang sama-sama membantu, takde niat pun nak jadikan dia hamba abdi. Lagi pun, siapa cakap kerja rumah ni kerja isteri je? Sama-sama duduk kan , jadi sama-samalah bersihkan dan jaga rumah.
Setiap hari, Laila akan pergi kerja pukul 7 pagi dan sampai rumah pukul 6 petang. Balik je rumah, tak sempat bukak tudung Laila dah bersilat di dapur nak kenyangkan perut suami. Pukul 12 baru jumpa bantal. Letih memang letih tapi Laila buat semua untuk senangkan hati suami. Begitulah rutin harian dia setiap hari.
Laila kata, dia kalau boleh taknak suaminya jadi macam bapa mertuanya yang semua benda tak tahu buat sebab terlalu bergantung dengan isteri. Pinggan satu pun tak pandai basuh, sampah dibiarkan sampai berulat. Suami kakak-kakak iparnya juga begitu, bangun tidur dah tengah hari, terus cari nasi. Lepas makan terus tidur balik sampai Maghrib. Satu kerja pun tak pernah tolong. Kalau boleh, Laila nak suaminya seorang yang bertanggungjawab dan dia happy bila suaminya suka menolong.
Laila jadi sedih bila mak mertua buat dirinya sedih dan suaminya sedih. Siapa sangka, ibu mertuanya yang konon pijak semut pun tak mati tu, yang peribadinya nampak sangat baik dan sempurna tu sanggup menuduh dia hambakan suami.
“Sedihnya hati saya, saya tak pernah menjangka ibu mertua yang saya layan baik sangat dan selalu dahulukan sebab saya dah tiada ibu sanggup buat saya begini,” katanya.
Laila kata dia dah berjauh hati dan sekarang dia tak rasa nak berpantang di rumah ibu mertua.
“Lebih baik saya pantang sendiri je nanti nak elakkan isu,” katanya.