Resepi peria goreng rangup gaya mamak..Mommies kena try!

A plate of food

Description automatically generated

Gambar : Hijab&Heels 

Ramai suka makan di restoran nasi kandar atau kedai mamak, macam-macam ada. Nasi beriani, ayam masak madu, popadom dan tentunya teh tarik yang manis berlemak!

Itu favourite Cik Gaya! 

Tapi ada 1 lagi menu best yang mesti korang takkan lupa untuk ambil iaitu  peria goreng yang rangup! Tak payah cakap orang lain, Cik Gaya sendiri pun suka laa

Dah lah rangup, rasa pahit berlemak di hujung lidah membuatkan peria goreng gaya mamak menjadi igauan ramai.

Eh tak susah buat sendiri peria goreng ni taw! Paling penting, dapatkan resipi adunan tepung yang betul untuk menggoreng. Mudah sahaja!

A cucumber on a table

Description automatically generated

Gambar : Hijab& Heels 

Bahan:

2 biji peria katak sederhana besar

1 sudu besar tepung ubi/tepung jagung

1 cawan tepung gandum

1 ½ cawan air

Sedikit serbuk lada hitam

Secubit garam

Perasa makanan (jika tidak mahu, abaikan)

Minyak masak secukupnya untuk mengoreng

Potong nipis mengikut kesukaan, bersihkan dan tos. 

A plate of food with broccoli

Description automatically generated

Gambar : Hijab&Heels 

Cara penyediaannya:

1. Bersihkan peria katak, hiris sederhana nipis mengikut cita rasa sendiri. Bersihkan dan tos. Ketepikan.

2. Di dalam bekas lain, gaul tepung gandum dan tepung ubi hingga sebati. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau rata.

3. Pastikan adunan berkenaan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Masukkan serbuk lada hitam, garam dan perisa jika mahu.

4. Celup peria yang sudah disejatkan ke dalam adunan, goreng di dalam minyak panas dengan api perlahan.

5. Apabila peria bertukar warna perang, angkat dan tos. Sedia untuk dikunyah ketika masih panas, rangup.