Hari ni iols nak share sikit tentang Oro Italia 916 buat semua! Excited tak? Ha bagi yang tak tahu, perkataan ‘Oro’ bermaksud emas dalam bahasa Itali. Oro Italia biasanya diperbuat daripada kandungan emas 916, maka terbentuklah nama Oro Italia 916.  Jom kita cuci mata sikit dengan koleksi-koleksi ini yang terdapat di HABIB.

  1. Koleksi Grafetta 

Rantai tangan rekaan Graffetta daripada Koleksi Oro Italia 916 adalah pilihan yang tepat buat pencinta minimalis. Rantaian emas yang digabungkan sehingga menjadi satu rantai pelbagai saiz ini diperbuat daripada emas 916 dalam pelbagai rona seperti emas kuning, emas putih dan emas merah jambu. Si pemakai akan kelihatan lebih elegan dalam menggayakan rantai tangan ini. Cantik sangat!

  1. Koleksi Sicilia

HABIB menampilkan rekaan terbaru gelang tangan Sicilia dengan kemasan potongan berlian (diamond cut) yang diinspirasikan daripada bangunan ikonik di Sicily, sebuah bandar di Itali. Kehalusan hasil tangan membuatkan gelang tangan ini memancarkan sinar dan kilauan seperti barangan kemas yang bertatahkan berlian. Cantik digayakan untuk ke tempat kerja mahupun acara istimewa. Boleh lah nak berglamer hihi.

  1. Koleksi Fiore

Cincin inspirasi bunga kiambang (Marigold) Koleksi Fiore daripada Oro Italia 916 antara yang menjadi kegemaran ramai. Kehalusan potongan berlian serta ketelitian rekaan cincin ini membidas kilauan yang sempurna. Kelopak yang indah tersemat di jari, memadai untuk menyerlahkan penampilan uols. Didatangkan dengan tiga rona emas 916 yang berbeza iaitu kuning, putih dan merah jambu, cincin ini menyerlahkan sisi feminin si pemakai.

  1. Koleksi Cavo

Gelang tangan Cavo adalah antara rekaan terawal Koleksi Oro Italia 916. Mempunyai keunikan yang tersendiri, rekaan Cavo menampilkan siri benang emas yang panjang, dianyam dan dijalin bersama bagi melambangkan perpaduan dan kekuatan. Didatangkan dalam rona emas kuning dan emas merah jambu, gelang tangan ini cantik digayakan secara individu mahupun dilapiskan untuk kelihatan lebih menonjol. Kemasan potongan berliannya yang berbeza turut membiaskan kilauan yang memukau tau, ewah.

Kalau dah rambang mata tu boleh lah ajak shuben pergi showroom HABIB yang berdekatan hihi.