Kening ni memang penting sesangat dan bagi Kak Jah, ia akan membingkai wajah korang dengan cantik. So, dekat sini, Kak Jah nak share dnegan korang tips untuk bagi kening baby cantik terbentuk sampailah baby korang tu besar.

Kebanyakan wanita zaman dulu menggunakan beberapa kaedah untuk membentuk kening bagi mereka. Tidak dinafikan petua lama kadang kala tidak masuk akal, namun ada petua itu berkesan dalam kalangan pengamalnya.

So dekat sini ada dua tips ya.

Daun kelapa

  • Sediakan sehelai daun kelapa yang sudah kering dan berwarna coklat.
  • Bakar hingga kehitaman, hancurkan menjadi debu halus.
  • Letakkan di dalam bekas kecil, masukkan dua sudu besar minyak kelapa.
  • Adun sehingga sebati seperti pes, namun pastikan ia tidak terlalu pekat.
  • Ambil putik kapas, larik pada bahagian kening bayi, bentukkan seperti mana yang dikehendaki.
Sumber : Tokopedia.com

Celak

  • Wanita di India dikatakan gemar mengoles kening anak perempuan mereka sejak kecil menggunakan celak.
  • Gunakan celak biasa atau celak Makkah yang dicelup sebentar dalam air.
  • Lukis bentuk yang dikehendaki pada kening anak.
  • Amalkan setiap hari selepas mandi.

Mudah sahaja kaedahnya, lagipun tidak menggunakan bahan merbahaya. Semoga bermanfaat ibu-ibu sekalian!

Korang semua mesti pernah nampak kan celak ni? Kak Jah dulu pun selalu nampak celak ni dekat rumah arwah opah Kak Jah. Siapa sangka rupanya benda ni boleh tolong bentuk kening jadi lawa!