Resipi jus sitrus tingkatkan imunisasi badan musim virus

Hello uols. Haritu Kak Jah dah share makanan yang meningkatkan imunisasi melawan virus musim-musim virus ni kan, dan dalam tu ada tersenarai buah-buahan jenis sitrus macam oren, lemon dan strawberry.

Makanya, apa kata korang buat jus je buah-buahan ni semua? Maklumlah jus ni lebih senang nak telan daripada nak makan buah kan. Budak-budak pun suka betul tak? Musim pun panas dekat luar tu. Haaa seseuai sangatlah kita berjus.

So harini resipi yang Kak Jah nak share ialah jus strawberry lemonade.

Bahan-bahannya :

  • 1 gelas air
  • setengah cawan jus lemon
  • sepaket strawberry
  • Beberapa ketul ais kiub
  • daun pudina (jika suka)

Caranya :

Blend sahaja kesemua bahan dalam juice mixer
Kalau terlalu masam, tambahkan gula atau madu
Sedia untuk dihidang!

Haih bayangkan air macam ni lalu dekat tekak korang. Sedapnya lah kan. Selain sedap boleh tingkatkan imunisasi badan. Okay boleh cuba ya.

Nak baca lagi?
Jom buat pudding buah naga hujung minggu ni!