Harini Kak Jah nak share satu lagi resipi favourite Kak Jah yang memang ramai sangat suka iaitu nasi goreng sotong. Bahan pun mudah je uols, bolehlah buat makan-makan bosan duduk rumah atas perintah kawalan pergerakan COVID-19 ni.
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
15 biji cili api kampung *
1 sb udang kering *
Sotong (potong, cuci & toskan)
Nasi sejuk
Sawi (potong kasar)
Sos ikan, garam, perasa
1 sk lada putih
Minyak utk menumis
CARA MASAK:
1) Tumbuk kasar bahan bertanda *
2) Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk tadi sampai naik bau dan garing.
3) Masukkan sotong, kacau rata dengan api kuat. Masukkan sos ikan, lada putih, garam & perasa.
4) Sotong dah masak, boleh masukkan nasi sejuk yg dah dipecahkan (kalau berketul) & sayur sawi. Kacau rata dengan api sederhana.
5) Masak sampai nasi garing dan warna sekata. Sentiasa kacau jangan bagi hangit.
6) Siap untuk dihidang!
Nak baca lagi?
Resipi ayam masak kicap pedas paling simple