Dulu Cik Ju berangan nak jadi pramugari, itu memang cita-cita Cik Ju yang pertama masa kecil, sebab tengok je pramugari, semua cantik-cantik, make up tebal, tarik beg besar, jalan depan orang pakai uniform dia.
Memang ada class! Macam diva kan perangai pramugari ni? Cik Ju ada tanya dengan kawan lelaki Cik Ju, eh kau bercinta dengan siapa sekarang? Bukan main dengan bangga dia cakap, dengan pramugari.. Cik Ju terus fikir dalam hati, mesti cantik gf kau kan, walaupun muka kawan Cik Ju tak lah elok mana…untung dapat gf pramugari. Fuhh ayat dia mesti power nak tackle perempuan tu.
Tapi Cik Ju tak pelik sebab dia memang pantang nampak perempuan cantik pun, start la ayat pujangga dia keluar. Pening Cik Ju ada kawan macam ni..tapi layankanlah jugak..
Cuma dalam keadaan sekarang ni, wabak covid-19 betul-betul ramai yang sengsara, ramai yang dicutikan tanpa gaji, dan ada juga yang diberhentikan sebab company tak dapat nak tanggung jumlah kakitangan yang banyak bila bisnes tak boleh jalan.
Dulu Cik Ju pernah alami benda yang sama, rasa kelam betul masa depan, tak tahu nak nangis ke apa, Cuma waktu itu Cik Ju betul-betuk terduduk, dan paksa diri bangkit balik untuk cari duit demi anak. Itu jelah kekuatan Cik Ju.
Jadi bila Cik Ju baca pasal industri penerbangan di ambang muflis, difahamkan kebanyakan syarikat penerbangan di dunia akan muflis menjelang akhir Mei kecuali mendapat campur tangan daripada kerajaan.
Kalau cakap pasal kerajaan sekarang Cik Ju tak berapa yakin sangat sebab kita kan baru tukar kerajaan, banyak benda baru nak buat. Cuma kita sebagai rakyat marhean ni perlu serahkan keputusan kepada yang selayaknya.
Bagusnya, Cik Ju tak jadi pramugari sekarang, kalau tak sekarang ni mesti Cik Ju sedih tak tahu apa nak buat. Tapi Cik Ju tetap akan bagi sokongan pada adik-adik yang hilang kerja khususnya yang terlibat dalam industri penerbangan, tenangkan diri, jimatkan perbelanjaan, fikir apa yang terbaik untuk dilakukan lepas ni. Okay?
Korang jangan fikir nak beli sephora ke apa lepas ni, sekarang bukan masanya, korang kena make sure duit tu boleh digunakan untuk waktu genting dan kritikal ni, sebab tak tahu bila ia akan berakhir. dengan keadaan yang dicutikan tanpa gaji.. korang just perlu look nice dan tak perlu over.
Nak selamat kan? dengar cakap Cik Ju ni..