Korang mesti biasa dengar warga emas yang banyak menjadi mangsa covid-19 kan? Tapi kali ni mesti korang terkejut kalau Cik Ju bagitahu dekat korang. Untuk pertama kali, wanita tertua dengan usia 103 tahun akhirnya pulih daripada virus tersebut!
Syukur..panjang umur nenek tu lagi, mungkin dia jenis yang kuat semangat kot sebab tu dia mampu bertahan sehingga 100 tahun hayatnya.
Kita kan selalu dengar orang-orang macam ni dia ada amalkan tips contohnya makan jamu ke, atau ada pantang larang seperti tak boleh makan banyak minyak ke, sebab tu body depa mantap, fit, tak macam orang sekarang, belum kahwin badan dah mengerikan.
Dah kahwin, ada anak, haa masa tu barulah sibuk nak pasang badan pakai bengkung sana sini..sama lah macam Cik Ju. Dah terkena baru lah ambil pengajaran.
Btw, wanita itu yang namanya Nevid Danayi adalah warganegara Iran dan sekarang wanita itu dah boleh pulang ke rumah seperti biasa. Dan dia menjadi warga tertua kedua yang sembuh daripada Covid-19.
Pada minggu lalu, pihak berkuasa China mendedahkan seorang individu juga berusia 103 tahun dibenarkan keluar hospital selepas menerima rawatan selama 6 hari.
Statistik di seluruh dunia ketika ini menunjukkan lebih 198,500 kes disahkan, jumlah kematian pula mencecah lebih 7,900 orang manakala lebih 82,500 pesakit pulih.
Power lah nenek! Come on guys, kita semua pun boleh kuat semangat macam nenek ni jugekks!