Kita semua tahu, Italy antara negara yang mencatatkan banyak kematian, sampai 462 orang yg mati kurang dari 24 jam. scary kan?? Tapi pernah tak korang terfikir apa mereka buat dengan sejumlah mayat yg banyak tu? Cik Ju rasa mesti dibakar… sebab dah tak ada tempat nak simpan…
Tu belum lagi masuk jumlah yang dijangkiti, dah sampai 10,575 kes! ha mana lagi nak letak tu?
So waktu Cik Ju scroll hp, Cik Ju tertengok ada 1 berita tentang kompleks luncur ais dah dijadikan tempat simpanan mayat sebab jumlah kematian dah terlalu banyak. kesian kan?
Perkara ni berlaku di Sepanyol apabila gelanggang luncur ais Palacio de Hielo (Istana Ais) di Madrid digunakan untuk menempatkan mayat sebelum ia dikebumikan atau dibakar. Keputusan itu dibuat selepas rundingan antara kerajaan Madrid, ketua tentera Sepanyol dan pegawai dewan bandaraya.
Sepanyol kini memasuki perintah perintah berkurung buat minggu kedua apabila ketua kesihatan mengesahkan lebih 2,100 orang maut setakat ini. Madrid merupakan lokasi yang paling terus dijangkiti di Sepanyol, dengan 1,263 kematian dan lebih 10,000 kes dicatat.
So, kita di Malaysia ni kena jadikan pengajaran, takkan nak tunggu teruk sampai macam tu sekali baru kita nak ambil iktibar kan?
Please semua, stay at home, jangan keluar, sayang nyawa masing-masing dan keluarga, anak paling penting. mommies… main peranan uols waktu ni… okay?
Sumber gambar utama : AFP