Hanya 5 bahan mudah buat aiskrim coklat homemade!

Selalu kalau nak makan aiskrim, memang ramai yg membeli je kan? Takde masa nak buat-buat. Yelah bukan pandai pun nak buat, 1 lagi memang tak tahu resepinya. 

Puan Eida Ilham ada berkongsi resepi melalui Fb nya tentang cara membuat aiskrim coklat homemade yg kita boleh try, anak2 mesti suka!

Resepi Aiskrim Coklat Homemade Gebu Guna Blender

Guna 5 bahan je. Kalau buat malam ni, esok pagi boleh ngapp! Senang sangat, semua boleh buat. Gerenti jadi punyalahhh.

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu besar ovallete
  • Setengah cawan serbuk coklat / koko

Cara-cara:

1.   Campur semua bahan dalam blender

Mula-mula, campur semua sekali dalam blender dan blend.

Blender tu biar sampai halus, ringan, fluffy, dan gebu gebas. Anggaran masa dalam 5 minit jugak.

2.   Masukkan dalam bekas

OK ni hasilnya lepas blender. Adunan ni memang cair pun. Jangan risau sebab lepas masuk peti nanti dia beku elok je.

Tuangkan masuk dalam bekas. Sebelum sejukkan tu bolehlah tabur choc rice kalau ada atau apa-apa topping kalau suka.

3.   Sejukkan

Akhir sekali macam biasa, terus masukkan dalam peti.

Seeloknya buat malam supaya dia beku semalaman tanpa gangguan buka tutup. Yelah, anak-anak tu kadang asyik tanya je bila nak beku sampai asyik ulang-ulang buka peti ais.

Apapun, inilah hasilnya bila dah beku nanti.

Memang sedap, jimat dan lemak berkrim! Setanding dengan yang dibeli.

Berbaloilah makan ramai-ramai kan?

Selamat mencuba ya.