Cik Ju boleh lihat setiap peniaga sentiasa mencari jalan untuk memberi semula ‘nyawa’ kepada bisnes mereka bagi mencari sesuap nasi untuk keluarga dan kakitangan yang terlibat.
Begitu juga pemilik kedai kek Ronttosrouva di Finland, iaitu Sanna Lampinen, beliau dapat menghidupkan semula bisnesnya selepas menghasilkan kek tisu gulung tandas dan memuat naik produk itu di akaun media sosial Instagram.
Usaha itu akhirnya membuahkan hasil hingga dia dapat membayar gaji pekerjanya dan menambah 2 lagi kakitangan untuk memenuhi pesanan pelanggan.
Di Helsinki, hampir semua kedai roti mengalami masalah kewangan sejak bulan lalu susulan pembatalan tempahan. Wabak Covid-19 menyebabkan bisnes di Finland hampir musnah, malah ia juga menyebabkan orang ramai melakukan pembelian panik termasuk membeli tisu tandas dalam jumlah banyak.
Disebabkan situasi semasa, pemilik kedai itu mendapat idea untuk menghasilkan kek tisu tandas dan ia ternyata memberi hasil.
“Ia idea yang signifikan dengan situasi semasa ketika ini,” katanya.
Kek itu dihasilkan menggunakan tepung gandum, krim markisa dan dilitupi dengan fondan putih serta pasta gula pekat.
Uols mungkin berminat baca artikel ni:
Lelaki ini sanggup tinggal atas pokok elak covid-19
Mesin ATM keluarkan beras untuk penduduk Vietnam
Donat RM1 viral kerana kuasa netizen!