Tidak dinafikan waktu sahur ni ada yang rasa agak berat nak bangun walaupun dah bertahun-tahun berpuasa betul tak? Dengan nak tunggu makanan siap lagi memang boleh tertidur balik jawabnya!
Jadi sebagai ibu macam Kak Jah ni, memang sentiasa cari kaedah paling pantas nak sediakan sahur. Kita ni kena kreatif selalu betul tak.
So ni antara tips yang Kak Jah rasa menyelamatkan Kak Jah. Korang boleh cuba jugak tau, mana lah tahu membantu.
Sediakan keperluan asas memasak
Pastikan ayam ke ikan ke dah diletakkan di peti ais bawah ya bukan peti beku kalau nak masak tu. Defrost siap2 supaya senang nanti dan jimat masa. Keluarkan juga bahan penting macam bawang dan ikan bilis supaya taklah tercari2 nanti.
Beli lauk kering
Haa tips ni memang sangat membantu. Kak Jah suka beli lauk kering seperti serunding atau sambal ikan bilis kering tu untuk dimakan bersama nasi. Korang gorenglah satu dau lauk lagi dah settle juadah sahur.
Beli makanan frozen
Makanan frozen macam nugget dan ayam drumstick memang cepat disediakan. Tapi, jangan makan selalu ya.
Masak lauk selepas terawih
Ada beberapa jenis lauk dan sayuran yang korang boleh masak selepas solat terawih. Esoknya tu lauk tu masih elok dan korang tinggal panaskan aje.
Manfaatkan perencah serbaguna
Dulu Kak Jah tak suka guna perencah serbaguna ni, konon nak rasa asli gitu. Tapi hmm lambat lah uols nak masak. Perencah serbaguna ni memang dah ada rasa jadi tak payah nak susah2 potong bawang dan sebagainya. Jimat masa.
Haaa membantu tak tips ni? Selamat mencuba semua.