Kebiasaannya kalau kita mencuci pakaian, perkara utama yang perlu ada supaya pakaian kekal wangi dan lembut adalah softener.
Tapi kegunaan softener bukan setakat itu sahaja! Ia mempunyai kegunaan lain yang mungkin mommies tak pernah tahu sebelum ni.
Seorang ibu berasal dari Australia mendedahkan cara boleh membersihkan kotoran dinding dengan menggunakan softener. Selain menjimatkan, cara ini juga dikatakan berhasil dan dipercayai.
Menariknya, mommies cuma perlu mencampurkan ¼ penutup softener ke dalam baldi yang berisi air suam. Kemudian mommies boleh teruskan tugas mencuci uols dengan memberus kotoran dan lapkan dengan kain yang lembab serta ulang langkah tersebut jika perlu.
Perkara ini mungkin sedikit mengelirukan mommies, kerana softener selalunya hanya digunakan sebagai pewangi pakaian sahaja.
Namun, petua ini diguna pakai oleh seorang wanita di sana dalam membersihkan pintu rumahnya yang sudah mengalami kekotoran sejak 6 tahun yang lepas. Wanita ini terus mencuba dan menggunakan cara ini sehingga kini apabila mendapati ini adalah cara yang berkesan.
uols mungkin minat baca:
Kenali ‘care label’ pada pakaian
Kiub magic gabungan 2 bahan untuk atasi rambut gugur