Rindu nak ke bazar ke? Macam-macam boleh beli… dan mesti ada yang rindu nak makan ayam gunting kan? Don’t worry mommies, uols boleh ikuti resepi yang dikongsi Zaitun Abd Hamid menerusi Facebooknya.
Jom kita mulakan!
Ayam Gunting Uncle Bob
Bahan-bahan:
- Isi ayam bahagian dada yang sudah dibuang tulang
Untuk perapan:
- 4 sudu sos tiram
- 2 sudu serbuk BBQ atau sos black pepper
- 2 sudu perahan limau atau lemon
Untuk saduran:
- Tepung bestari pedas atau original
- Tepung ubi atau tepung beras
- Sedikit serbuk roti
Bahan tambahan:
- Serbuk cili atau lada putih untuk ditaburkan selepas goreng
Cara-cara:
1. Basuh ayam dengan bersih dan potong nipis.
2. Gaulkan kesemua bahan perapan dan perap ayam selama 1 jam.
3. Selepas diperap, salutkan ayam dengan bahan saduran seperti yang dinyatakan.
4. Tumbuk-tumbuk sedikit ayam menggunakan lesung batu agar bahan perasa daripada campuran tepung melekat pada ayam.
5. Selepas sebati, panaskan minyak dan goreng sehingga warna keemasan.
6. Akhir sekali, taburkan serbuk cili dan lada putih pada ayam yang digoreng dan guntingkan ia. Siap.
Senang kan? Bolehlah buat untuk juadah berbuka nanti.
uols mungkin minat baca:
Jom buka puasa dengan bebola daging IKEA homemade!
Nak kurus tapi nak juga kenyang sepanjang puasa? Ikut cara ni…