Jom Buat Tart Cadbury, Anak Mesti Suka!

Kalau time raya ni, mommies mesti perasan antara kuih yang tidak akan ketinggalan adalah kuih tart. Hampir setiap rumah mesti ada hidangan ni. 

Proses membuatnya juga tidak susah dan seperti resepi dikongsikan pengguna Facebook, Sri Noratika Hassan, hanya menggunakan empat bahan sahaja.

Tapi kali ni dah ada resepi baru untuk kuih tart ni taw. Mana taw uols berminat. Jom follow resepi ni, tart gulung Cadbury.

Bahan-bahan:

  • 250 gram mentega/marjerin
  • 1 sudu teh minyak sapi
  • 3¼ cawan tepung gandum – disangai sehingga ringan dan diayak.
  • Kepingan coklat papan Cadbury secukupnya (empunya resepi guna Dairy Milk)
  • Acuan tart
  • Kuning telur sebagai hiasan

Cara-cara:

1.   Satukan mentega dengan minyak sapi. Kemudian masukkan tepung gandum. Gaul menggunakan spatula hingga sebati.

2.   Uli dan satukan bahan-bahan sehingga menjadi doh yang tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras. Rehatkan dalam pendingin selama 5 hingga 10 minit sebelum diterap.

3.   Masukkan doh ke dalam acuan dan terap ke atas dulang (jika doh tidak pecah atau tidak melekat pada dulang sewaktu digulung, ia menandakan doh tersebut sangat sempurna).

4.   Ambil sekeping coklat dan gulung bersama doh yang sudah diterap tadi dengan secantik mungkin.

5.   Akhir sekali, sapukan kuning telur di atas biskut dan bakar dalam ketuhar pada suhu 160 darjah Celsius menggunakan api atas bawah.

6.   Bakar selama 15 hingga 20 minit atau hingga masak. Masa mungkin berbeza mengikut jenis dan saiz ketuhar.

7.   Sejukkan biskut sebelum disimpan dalam balang. Dah siap!

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun