Setiap kali Hari Raya sudah pasti hidangan yang dijamu atau disediakan berasaskan daging.
Gulai daging, rendang daging, serunding, kerutub, dan macam macam lagi hidangan yang sudah pasti menyelerakan dan rugi jika tidak dimakan.
Akibatnya tanpa sedar tahap kolesterol pun jadi tinggi. So apa uols perlu buat? Jom ikut Langkah mudah ni!
1. Amalkan minyak zaitun
Makan atau minum minyak zaitun (banyak asid lemak mono tak tepu @ MUFA). Minyak zaitun dibuktikan dalam banyak kajian saintifik di seluruh dunia untuk kesihatan jantung.
2. Makanan tinggi fiber larut air
Makan banyak sumber fiber larut air contohnya oat dan buah-buahan seperti contoh buah tin, prun. Fiber larut air lebih tinggi keupayaan utk membantu menurunkan kolesterol berbanding fiber tak larut air.
3. Oat dan barli
Makan oat dan minum barli (sumber tinggi beta-glukan). Bahan ini berupaya mengawal kemasukan kolesterol dalam darah.
4. Bawang putih bagus untuk cairkan darah
Bawang putih mengandungi allicin dan komponen sulfur. Allicin fungsinya membantu cairkan darah.
5. Limau kasturi antikolesterol
Minum jus oren, lemon atau limau kasturi (kaya bahan flavanone) yang mana bertindak sebagai antikolesterol. Dalam tubuh, bahan ini membentuk bahan yang bertindak sebagai antikolesterol.
6. Teh hijau pun elok
Minum teh hijau, ia kaya bahan epigallocatechin (ECGC) dan epicatechin yang boleh membantu turunkan kolesterol.
7. Minyak ikan kaya omega
Ambil suplemen minyak ikan kerana ia kaya dengan khasiat omega3 yang juga bagus untuk menurunkan risiko sakit jantung.
uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun