Dah seminggu berpuasa, mesti mommies tercari-cari kuih yang senang untuk dibuat waktu raya ni kan.
Tak boleh keluar ziarah rumah keluarga pun tetaplah nak makan sedap-sedap lepas sebulan berpuasa kan?
Uols boleh follow resepi almond cluster yang dikongsi oleh Zaharah Ramin di Facebook baru-baru ni. Ramai nampaknya yang tertarik sampai dapat lebih 23K shares. Paling menarik resepinya guna 2 bahan je!
Bahan-bahan:
- Coklat (Cadbury atau Coin Beryl)
- Hirisan badam
Cara-cara:
1. Bakar hirisan badam sehingga rangup dan berwarna kekuningan dalam 20 minit.
2. Cairkan coklat dengan menggunakan kaedah double boil.
3. Kemudian, campurkan coklat dan badam lalu gaul hingga rata.
4. Sudukan ikut saiz yang anda inginkan di atas kertas minyak.
5. Akhir sekali, masukkan ke dalam peti sejuk supaya coklat mengeras dan siap.
*Jika guna coklat Beryl, boleh simpan dalam bekas selepas coklat mengeras kerana tidak akan cair.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita dan bolehlah mommies buat Almond Cluster ini untuk dinikmati di Hari Raya Aidilfitri nanti ataupun buat sekarang untuk dinikmati ketika moreh. Selamat mencuba!
uols mungkin berminat baca:
Jom buka puasa dengan bebola daging IKEA homemade!
Dari menghiburkan, bertukar menjadi kontroversi gara-gara pau hangus