Jom buat nugget sendiri, tak payah dah beli lepas ni…

Nuget adalah kegemaran anak-anak Tak kira nuget biasa atau nuget tempura. Dua-dua sedap kan?

Kali ini Nurul Ain Syed Mohd berkongsi cara membuat sendiri nuget ala tempura di rumah. Bila buat sendiri, rasa puas hati kerana kita tahu setiap ramuan yang kita masukkan di dalamnya. 

Kata orang, versi lebih sihat lah kan? Cara nak membuatnya pun mudah je. Bahan pun tak banyak.

Jom kita tengok cara-caranya! 

Bahan bahan:

  • 3 keping isi ayam bahagian dada
  • 2 biji telur
  • ½ labu bawang merah besar (bawang kecil pun boleh)
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 5 sudu kecil tepung ubi
  • Sedikit tepung serba guna (saya guna tepung bestari)
  • Sedikit mentega
  • Sedikit garam dan serbuk lada hitam
  • Minyak untuk menggoreng
  • Untuk baby tak perlu letak garam dan lada hitam, boleh tambah sayur seperti lobak merah, brokoli dan lain lain. Tambah nasi pun boleh.

Cara-cara:

  1. Potong semua bahan dan kisar hancur. Kecuali tepung serba guna dan mentega.
  1. Masukkan adunan yang dikisar tadi ke dalam loyang yang disapu mentega. Untuk tak bagi lekat. Kukus selama 30 minit atau tunggu sehingga masak. Setelah masak, keluarkan dan tunggu sejuk sebelum dipotong mengikut saiz dan bentuk yang diinginkan.
  1. Bancuh tepung serba guna dengan sedikit air masak. Tak terlalu pekat, tak terlalu cair. Celup nuget ke dalam bancuhan tepung tadi. Kemudian goreng atau grill sehingga warna kekuningan.
  1. Ada dua cara sebenarnya. Boleh juga golek dalam serbuk roti sebelum goreng. Ikut cita rasa masing masing. 

Selamat mencuba!

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun