Ramai mommies yang mengeluh perut buncit lepas lahirkan anak, dan tak tahu macam mana nak dapatkan balik bentuk badan yang ideal.
Tapi anak dara pun ada juga alami masalah yang sama,
So di sini ada cara yang uols boleh amalkan, well, petua tradisi ini jika diamalkan dengan bersungguh-sungguh akan mengempiskan perut dan mencantikkan kulit.
1. Kapur & Limau Nipis Kempiskan Perut
Petua ini sangat digalakkan kepada ibu selepas melahirkan cahaya mata secara normal. Bancuh kapur makan bersama perahan limau nipis. Kemudian ramuan ini sapukan pada seluruh perut, biarkan seketika.
Apabila agak-agak kering, balut perut dengan kain atau boleh juga memakai bengkung. Lakukan setiap hari, bukan sahaja perut cepat kempis malah kesan rekahan juga beransur hilang secara perlahan-lahan. Kulit juga akan kelihatan semakin cerah.
2. Lemon & Pudina
Amalkan minum air perahan lemon setiap pagi. Caranya sangat mudah, potong lemon nipis bersama kulit. Kemudian, perap semalaman bersama daun pudina. Sebaik sahaja bangun pagi, minum air ini.
Kombinasi lemon dan pudina memberi rasa yang enak. Lebih daripada itu, ia detoks semulajadi yang membuang toksin dan lebihan lemak dalam tubuh. Sistem pencernaan juga bertambah baik.
3. Amalkan Teh Halia
Minuman ini sering dihidangkan ketika kita melakukan perawatan di spa. Ia minuman kecantikan dan kesihatan buat kaum Hawa. Rendam teh, kemudian letakkan gula perang secukup rasa.
Hiris halia atau boleh juga ditumbuk kasar. Selepas itu, tutup teh, biarkan seketika agar kombinasi bahan-bahan ini sebati. Amalkan setiap hari, badan akan bertambah ringan. Ia membantu membuang angin, membakar lemak dan mengempiskan perut. Bagi yang mengalami masalah sembelit, ini salah satu cara terbaik mengatasinya.
4. Jangan Tidur Selepas Makan
Selepas makan tengahari, masuk pula di dalam pejabat berpenghawa dingin. Pasti ramai yang mengantuk, usah mengikut kata hati.
Lawan rasa mengantuk ini, uols perlu bergerak aktif selepas makan. Ia membantu membakar kalori. Jangan sesekali tidur selepas makan, tabiat buruk ini bukan sahaja menggemukkan badan malah membuatkan wajah kusam dan tubuh menjadi lesu.
Elakkan juga makan sebelum tidur malam.
uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun