Jom DIY Tandas dengan modal RM220 jerr…

Selalu kalau kita sebut tentang hiasan dalaman mesti terfikir ruang tamu, ruang makan, bilik atau dapur.

Tapi tak lengkap rasanya kalau bilik air kita terbiar begitu saja kan?

So melalui perkongsian Ahmad Khairudin ni, dia transform bilik air jadi cantiks! Modal pun tak mahal. menarik kan? Jom follow cara dia

Waktu diperlukan untuk DIY tandas ni hanya 2-3 hari saja sebab sangat cepat dan senang je untuk buat sendiri di rumah masing-masing.

Ini senarai kos yang terlibat serta bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan-bahan:

  • Hycote: x 2tin
  • Ea4finish white : x1 tin
  • Ea4 finish dark grey :x2 tin
  • Simen putih 2 kg: rm5.60
  • (berus cat/ thinner / alas cat memang dah sedia ada)

Keseluruhan bajet RM 440.60 sahaja. Tapi ini untuk 2 tandas ya. Maksudnya 1 tandas dalam RM220 saja.

Gambar sebelum

Sebelum saya tunjukkan caranya, ini saya kongsikan gambar kedua-dua tandas asal sebelum di upgrade.

diy tandas
Tandas 1
DIY TANDAS

Cara-cara:

1.   Sapu simen putih

Ini simen putih. Saya beli harganya RM5.60 untuk 2kg. Tujuannya ialah untuk tutup semua lubang dan defect pada tiles sebelum mengecat.

cara cat tandas

Jadi mula-mula kita isi semua defect dengan simen putih ni. Cara nak buat tu cuma pakai glove dan guna tangan je senang. Cepat pun cepat. 45 minit dah siap untuk kedua-dua tandas.

diy cat tandas

Seeloknya bilik air kena kering sebelum cat. Tapi masa bubuh simen putih ni tak apa lagi sebab kawasan lembap akan menyerap simen yang ditabur dan jadi kering.

So, macam ni rupanya bila dah siap sapu dengan simen.

cara cat tandas

2.   Sapu hycote

Langkah seterusnya kita hycote semua sekali. Tujuan hycote ni untuk bagi cat melekat dekat tiles dan cepat kering. Kalau tak pakai ni, cat akan senang menggelupas bila kena air.

Jangan lupa bungkus tandas dan sinki dulu kalau tak comot nanti.

jenis cat tandas hycote

Saya pakai 1 liter je. Cukup-cukup satu liter untuk satu tandas.

TIPS: Masa beli HYCOTE akan dapat hardener sekali untuk dicampur dua-dua ni sebelum mengecat. Hardener ni senang kata macam gamlah, supaya cat melekat dekat tiles. Jadi pastikan dalam 45 minit – 1 jam kena habiskan semua cat. Kalau rasa nak pakai sikit-sikit, jangan bancuh banyak-banyak terus ya.

3.   Cat guna ea4 finish

Seterusnya kita bolehlah cat pakai ea4 finish. Ni lah cat khas untuk tiles + high performance. Jadi ia sesuai untuk tempat yang selalu kena air. Ada jual dalam banyak warna boleh pilih ikut suka.

cat untuk tandas

Kalau nak lagi power, guna EA9 FINISH. Tu biasa orang buat kolam takungan. Memang tak tembus langsung air.

Masa beli ni dia akan bagi hardener dia, macam gam. Kita campurkan ikut nisbah 1:1.

Sikit lagi dah nak siap ni.

cat untuk tandas

Hasilnya…

Tadaa… Dah siap dah kedua-dua tandas.

Nampak lantai tu memang berkilat kan, tapi jangan risau sebab tak licin dan sangat selesa untuk dipijak.

Lantai pun tak rasa bergetah. Masa pijak tu rasa macam pijak mozek atau tiles juga.

cara cantikkan tandas

Haa… Mudah je kan nak upgrade tandas dekat rumah?

Lepas ni bolehlah cuba DIY tandas masing-masing. Insha Allah puas hati.

Selamat ber-DIY!

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun