Kalau nak bagi rumah nampak lebih ‘glam’ nampak ekslusive, bolehlah cuba untuk tambah wainscoting sendiri, tukar warna rumah bagi kelainan sikit mengunakan warna-warna mewah, D.I.Y sendiri barang hiasan dalam rumah Kadang2 tu boleh guna barang yang dah ada dalam rumah ubah sikit terus jadi lain dan nampak lg mewah. Tak mahal pun semua cara ni. Tapi akan buat rumah korang tu lagi mewah dan elegan!

  1. Buat wainscoting sendiri

Ikutkan ni la trend deko rumah yang tengah ‘in’ sekarang kat malaysia. Semua rumah nak buat ni. Dinding kosong biasa-biasa pun boleh nampak cantik, elegen dan mewah lepas tambah wainscoting.

Wainscoting ni boleh beli online di Shopee atau Lazada je. X mahal pn kalau nak buat sendiri. Cari dulu reference pastu boleh la buat ikut gaya tersendiri.

  1. Gantung Frame mengikut susun atur yang baru kalau dapat letak spotlight atas frame lagi nampak mewah
deko-mewah-bajet1
  1. Letak carpet yang bersesuaian ikut warna perabot

Kadang deko biasa je tapi lepas letak karpet, terus naik seri rumah. Lain dari sebelumnya.

  1. Lilin bagi lebih tenang dan cantik

Lagi- lagi jika digunakan untuk deko di bilik tidur. Kalau ada ruang yang nampak kosong dan tiada idea nak letak apa. Boleh la cuba penuhkan ruang yang nampak kosong tu dengan hiasan lilin yang berwarna-warni sekali dengan dulang atau stand yang cantik. 

  1. Pemilihan warna eksklusif 

 Pilih sendiri warna yang memamng korang idamkan. Jangan biarkan orang kedai cat pengaruhi warna pilihan korang. Warna mempengaruhi sikap dan emosi. Pilih skim warna sepadan suasana ruang yang mahu digarapkan. Misalnya bilik permainan atau ruang keluarga, rona terang lebih serasi dipadankan kerana menepati keperluan dan aktiviti ruang itu.