Jika ditanya dalam banyak-banyak kerja rumah apa yang paling mencabar pasti ramai yang menjawab cuci bilik air. Untuk menyental segala kotoran yang ada, kadang-kadang boleh makan masa sampai berjam-jam.
Jadi untuk jimatkan masa, ramai jugalah yang sanggup mengambil upah suruh orang cuci kan, tak pun membeli bahan cucian yang mahal untuk kesan yang cepat.
Tapi tahukah korang, ada 5 jenis bahan dapur yang boleh digunakan untuk dapatkan tandas yang berkilat?
1. Air suam
Air suam atau air panas sangatlah membantu dalam mempercepatkan lagi proses penanggalan lumut atau kotoran di bilik mandi. Sama ada campurkan dengan sabun pencuci atau anda boleh jirus terus pada permukaan yang nak disental. Tapi ingat hat-hati, air panas tu. Masalah tandas tersumbat pun boleh selesai dengan air panas.
2. Cuka
Untuk tanggalkan kotoran di celah-celah jubin, anda boleh campurkan cuka dengan klorok. Masukkan dalam botol spray dan spray sahaja di permukaan jubin. Biarkan dalam 5-10 min sebelum sental. Nak memang bersih cantik, anda boleh sental guna berus gigi lama, kalau tak cukuplah berus biasa tu je. Kalau guna untuk mangkuk tandas memang lagilah puas hati.
3. Garam
Garam kasar bila dicampurkan dengan lemon boleh menjalankan fungsi agen pencuci dengan terbaik. Berfungsi seperti skrub, gosok lemon yang dibelah dua bersama garam tadi pada permukaan kotor. Kemudian, biar sekejap sebelum bilas dengan air.
Tip tambahan:
Baby Oil
Psss, kami ada rahsia nak beritahu ni. Ramai yang tak tahu, dengan gunakan minyak bayi permukaan besi boleh jadi kilat macam baru tau. Tapi jangan letak banyak sangat pula ya, cukup sekadar ikut keluasan permukaan.
Kredit Gambar Utama: The Spruce