Tak dinafikan, pressure cooker banyak membantu dalam memudahkan urusan dapur terutamanya bab melembutkan daging.
Tapi macam mana kalau tak ada pressure cooker?
Jangan risau, kami ada tip untuk lembutkan daging bagi mereka yang tak ada pressure cooker dekat rumah tu.
1. Masukkan sudu
Dengar macam pelik tapi inilah yang ramai orang guna. Kata mereka dengan masukkan sudu atau garfu ke dalam periuk dan keduanya direbus bersama, daging memang akan cepat lembut. Selain jenis tembaga boleh juga guna yang jenis kaca atau porselin tau.
2. Perap sebelum masak
Kalau nak masak daging, biasakan untuk perap daging dengan rempah masakan. Contohnya nak buat masak goreng sahaja, bolehlah perap dengan kunyit dan garam. Kalau nak masak kari, boleh perap dengan serbuk kari dulu.
Biasa orang akan perap paling kurang sejam sebelum masak. Bila dah perap, bukan je daging jadi lembut tapi lebih rasa rempahnya.
3. Daun nangka, daun pisang abu
Kedua-dua daun ini ada fungsi yang sama – lembutkan daging. Caranya mudah je, lap daun sampai bersih, carikkan kecil-kecil dan masukkan ke dalam kuali atau periuk bersama daging yang nak dimasak tadi.
4. Ketuk daging
Gunakan pengetuk daging bagi melembutkan permukaan daging. Bukan setakat mudah empuk, daging pun akan mudah nak dipotong dan dikunyah nanti. Tak percaya? Kenalah cuba.
5. Guna api perlahan
Slow and steady, itulah tagline tip ini. Cara ini ambil masa agak lama juga sebab daging dimasak dengan api perlahan. Tapi hasil bila daging dah siap memang puas hati. Lembut yakmat! Jangan lupa tutup periuk tau.
Dengan tip-tip yang kami kongsikan di atas, masalah daging liat tak lagi jadi masalah walaupun tak ada pressure cooker.
Selamat mencuba!
Kredit gambar utama: Tatler Malaysia