Fitrahnya wanita ni memang senang sayang dan bahagia kan org lain. Kita sentiasa sanggup berkorban masa, tenaga, wang ringgit dan apa sahaja untuk orang yang kita sayangi. Mommy Jay pun sama juga. Tapi ada masanya kita lupa dan gagal utk menyayangi dan menghormati diri sendiri.

Kalau ada yang tanya Mommy Jay kenapa kena sayang diri sendiri? Jawapannya mudah jer.  Ini salah satu cara untuk lebih sihat dari aspek mental, fizikal dan juga rohani yer. Taklah tetiba rasa terpanggil nak buat perkara-perkara yg boleh merosakkan diri sendiri.

Cara nak belajar sayang diri sendiri?

Me First

Bukan mementingkan diri, tapi mendahulukan diri kita sebelum org lain. Kalau tak jaga diri sendiri bagaimana nak jaga org lain. Apabila kita mengutamakan diri sendiri banyak perkara yang akan jadi lebih mudah.

Beri yang terbaik untuk diri sendiri

Jangan terlalu berkira dengan diri sendiri. Apa jua kejayaan yg kita dapat adalah dari hasil usaha kita sendiri. Jangan biar orang lain ambil kesempatan hanya kerana kita tidak kisah.

Jangan bandingkan diri/kehidupan dengan orang lain

Jangan terpengaruh sangat dengan apa yang dipaparkan kat media sosial tu! Takut nanti stress tak tentu pasal. Kena selalu ingat, kehidupan kita tak sama dengan org lain. Kalau nak buat perbandingan juga, biarlah perbandingan itu memberikan semangat untuk kita lebih sayangi diri sendiri. Jangan sebaliknya. Ingat, wang, harta benda tidak jamin kebahagiaan yer.

Maafkan diri sendiri

Kalau namanya manusia mesti ada buat silap. Mommy Jay pun sama. Tapi yang penting kita tidak perlu meratapi kesalahan tu sampai enggan memaafkan diri sendiri. Rendahkan ego dan sentiasa memaafkan diri sendiri dan mengubah kesalahan atau keadaan kita kepada sesuatu yang lebih baik.

Self-Reward

Yang ni Mommy Jay galakkan sangat. Hargai hasil usaha sendiri. Tak perlu nak harap atau tunggu org lain untuk beri penghargaan. Kebahagiaan bergantung kepada diri sendiri. Ya, self-reward dapat memberi impak yang positif kepada diri kita.

Positifkan diri

“Kata-kata punyai kekuatan untuk jatuhkan kita, sehingga kita menjadi apa yang kita ucapkan,” ungkap Lea Vendrami, jurulatih kehidupan. Lebih baik kamu muat naik kata-kata positif yang berikan kamu semangat. Dalam masa sama, unfollow mereka yang sering berikan aura negatif padamu.

Jangan menghakimi

Apa yang kita lihat pada orang lain hanyalah pada sisi luaran sahaja. Kita tak tau pun kehidupan sebenar diorg tu camner kan. Setiap orang ada cerita sendiri.  Baik kita fokus pada kehidupan kita jer. Buat perkata yg membahagikan utk kita. Itu lebih penting!

Terima kekurangan dan kegagalan

Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Jadi it’s okay jika ada kekurangan. Kita cuma boleh berusaha untuk jadi lebih baik tetapi sedarlah bahawa kita tidak akan pernah sempurna 100%.

Kredit gambar utama: freepik.com