Sebut je kuih fevret semua rakyat Malaysia, pasti korang dah terbayang pisang goreng kan? Kalau dapat makan panas-panas, memang krup krap krup krap bunyi mengunyah. Nikmat sungguh.
Tapi nak dapatkan pisang goreng yang masih lagi super crunchy walaupun dah sejuk bukannya senang tau. Waktu panas okeylah, tapi bila dah sejuk lembek benyek je tepung nya. Hilang sedapnya.
Untuk selesaikan masalah korang tu, sis nak share beberapa tips yang korang boleh try untuk dapatkan pisang goreng sama macam yang gerai tepi jalan tu jual.
1. Kapur masakan
Bila korang tambah kapur masakan dalam bancuhan, tekstur pisang akan jadi kekal rangup walaupun pisang dah sejuk. Tambah 1 sudu besar air kapur untuk sukatan nisbah 2:1 = 2 untuk tepung beras, 1 untuk tepung gandum. Kemudian, tambah air dan serbuk kunyit. Air tu jangan banyak sangat, nanti cair pulak bancuhan tepung tu.
Masa nak tambah kapur tu kena hati-hati. kalau terlebih, rasa kapur tu akan naik kuat pada pisang goreng. Jangan lupa cairkan kapur tu dulu dengan air tau. Tips ni jugak boleh korang gunakan untuk kuih karipap.
2. Minyak panas
Kalau nak tahu, cara ni paling banyak penjual guna sebab paling senang. Bancuhan tepung yang biasanya gunakan air akan digantikan dengan minyak panas. Air tu sekadar cukup untuk basahkan tepung sebelum masuk minyak panas.
3. Tepung pulut
Jangan semata-mata guna tepung beras je. Untuk kekalkan tekstur, korang boleh tambah sikit tepung pulut. Nisbah tepung beras dengan tepung pulut yang sesuai ialah 3:2. Tepung pulut tak boleh banyak dari tepung beras, sebab tepung pulut ni akan buat masakan jadi macam sticky.
BONUS: Tepung segera
Inilah sebenarnya yang paling senang. Tak payah fikir menjadi ke tak pisang goreng korang tu. Beli je tepung segera yang dah siap dicampurkan dengan semua bahan yang boleh jadikan dia crunchy walaupun bila sejuk.
Tapi kalau korang rajin, tambah sikit tepung gandum dalam tepung segera tu dengan nisbah sukatan 1:1. Confirm menjadilah pisang goreng korang tu. Sedap tu memang dah sahlah. Cuma kalau korang tambah tepung gandum, jangan lupa tambah sikit garam untuk elakkan tepung rasa bland. Yummy!
Itu jelah tips yang sis tahu boleh jadikan pisang goreng korang super crunchy. Kalau korang ada tips tambahan lain, bolehlah sharing sharing dengan pembaca Sinaran Wanita yang lain.
Bak kata orang, sharing is caring. Selamat mencuba!