Korang peminat sangkaya? Asal singgah je Boat Noodle mesti cari sangkaya? Haa, resepi kali ini memang sesuai sangat untuk korang.
Roti kukus dicicah pula dengan kuah sangkaya yang lemak berkrim dan masih panas, memang berselera. Sampai tak cukuplah satu hidangan kalau kita order dekat kedai.
Disebabkan itu, kami nak kongsi resepi masak senang dan mudah Sangkaya Ala Boat Noodle dari Puan Nina Salleh yang kalau dihidang memang jadi kegemaran seisi keluarga.
Bahan-bahan:
- 14 helai daun pandan
- 2 cawan air kosong
- 2 biji telur
- 14 sudu gula perang
- 500ml santan
- 4 sudu tepung jagung
- Pewarna hijau
Cara penyediaan:
- Kisar daun pandan dengan 2 cawan air.
- Tapis dan asingkan air pandan ke dalam periuk dengan api kecil.
- Masukkan 2 biji telur, gula, santan dan tepung jagung dalam air pandan. Kacau sebati hingga dapat kepekatan yang korang nak dan tutup api.
Mudah je kan? Kalau rasa warna hijau dia tak naik, korang boleh tambahkan sikit pewarna hijau. Memang sedap. Tak rugi buat bila tengok anak-anak makan.
Puan Nina kata kalau nak sedap, toppingkan sos sangkaya tadi dengan sedikit susu cair. Memang sedap tak boleh bawa bincang.
Selamat mencuba!
Sumber: Nina Salleh
Kredit gambar utama: Open Rice, Mangkin Pictures, Asian Inspirations
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!
Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!
Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 36 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!