Masa PKP hari tu, viral betul resepi roti canai homemade. Almaklumlah dah tak boleh nak melepak makan dekat mamak, tu ramai yang share resepi homemade roti canai.
Tapi biasalah bila first time nak buat tu, mestilah ada je yang tak jadi kan? Terkeras tak sama pun macam yang macam kita duk beli dekat mamak. Kenapa ek agak-agaknya?
Sebab ramai yang alami benda sama, jadi hari ni sis nak share tips apa yang korang kena buat kalau nak roti canai jadi lembut.
Kena tebar
Hmm, tak semua orang pandai tebar. Jadi macam mana nak buat? Kita tukar tebar jadi canai.
- Korang sediakan dulang bulat besar.
- Leperkan doh yang dah korang bentuk kecik-kecik tu.
- Dan tarikkan pelan-pelan ke tepi dulang besar tadi tu. Buat beberapa kali. Kat sini korang boleh nampak kalau doh tu elok je tak terkoyak, maknanya memang doh korang tu terbaik. Kalau cepat koyak tu, mungkin doh korang terlampau lembik atau keras.
- Bila dah agak elok, korang lipatkan roti canai tadi buat bentuk segi empat dan dah boleh untuk dimasak.
Hasil dia memang korang punya roti canai tu gebu dan lembut!
Nak tahu resepi roti canai sedap, korang boleh baca: Tak boleh lepak mamak pekena roti canai? Takpe, boleh buat sendiri!
Kredit gambar utama: Carousell/ResepiAsia