Baru-baru ni viral pasal Chef Wan haramkan MSG di restorannya.
Tak dinafikan, ramai yang guna MSG untuk sedapkan makanan yang dorang masak. Bak kata Uncle Roger, MSG is lyfeee. Tak ada MSG, tak lengkap hidup.
Kalau korang nak tahu MSG atau Monosodium Glutamat (MSG) ni merupakan bahan kimia penambah perasa yang dah digunakan sejak 100 tahun lepas. Dalam industri makanan ianya dikenali dengan kod E621.
Menurut Majalah Sains, MSG ni sebenarnya tak bahaya pun. Sebab banyak dapatan kajian kesan MSG yang dibuat terhadap tikus tak dapat buktikan sepenuhnya keburukan MSG dekat manusia.
Sebab sistem metabolisme dan juga cara pemberian MSG yang kurang kebersandaran dalam konsumsi manusia maksudnya manusia tak makan atau suntik MSG dalam dos tinggi, cuma diambil dalam makanan je.
Dan ini dikukuhkan lagi dengan proses kimia MSG yang berlaku dalam usus & ditukarkan kepada amino asid (bukan dalam struktur kimia MSG sendiri) sebelum diserap badan dan dimanfaatkan.
Mungkin korang tak percaya sebab ada kesan sampingan pernah dilaporkan kan?
Kesan sampingan MSG dilaporkan buat kali pertamanya pada tahun 1968 tapi ianya tak dapat dibuktikan disebabkan MSG dan hanya dilaporkan sebagai Chinese Restaurant Syndrome (CRS) sebab gejala kebas di bahagian tangan & belakang leher selain daripada denyutan jantung meningkat boleh dikaitkan dengan pengambilan natrium, potassium, alkohol & histamine yang banyak digunakan dalam masakan Cina.
Mungkin gejala sakit kepala, sakit dada, kebas otot dan sebagainya dikaitkan dengan MSG sebab seseorang tu alah dengan MSG.
Tapi jangan tak tahu, MSG juga pernah dikaitkan dengan peningkatan selera makan tau. Yelah, makanan dah sedap wajiblah menambah kan?
Kalau korang rasa MSG masih meragukan, jangan risau dekat Akta dan Peraturan Makanan 1985, mengkategorikan MSG sebagai penambah perisa makanan yang dibenarkan, sebaris dengan garam dan lada sulah.
Dan Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (USFDA) turut mengklasifikasi MSG di bawah kategori Secara Umumnya Diiktiraf Selamat (GRAS).