Kalau orang bukan Melaka, mesti dorang ingat asam pedas ni hanya boleh guna bila nak masak ikan je.

Tapi tak ramai yang tahu sebenarnya asam pedas ni boleh jugak kalau korang nak buat guna daging tetel. 

Kredit: Cookpad

Hasilnya memang takjub betul sebab rasa sedap tu berganda-ganda naik ditambah pula dengan baunya. Fuh, memikat aroma betullah.

Jadi sempena dengan itu, sis nak share sikit resepi mudah buat Asam Pedas Daging Tetel yang Puan Nadia share ni. Memang superb!

Kredit: Zaimah Zakaria

Bahan-bahan:

  • Daging tetel (siap direbus)
  • 20 tangkai cili kering (siap direbus)
  • 1 biji bawang besar**
  • 1 ulas bawang putih**
  • ½ halia**
  • ½ inci kunyit hidup**
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Air asam jawa (1/2 mangkuk)
  • ½ inci gula Melaka
  • Daun kesum

Cara penyediaan:

  1. Kisar bahan bertanda ** dan tumiskan kesemuanya sampai naik bau.
  2. Blend cili kering, lada hitam sebelum masukkan dalam bahan tumis tadi. Tunggu sampai minyak masak barulah masukkan belacan.
  3. Tambah 2 cawan air & tunggu sampai mendidih sebelum masukkan gula Melaka & daging tetel tu.
  4. Kacau rata, biarkan kuah mendidih sebelum masukkan daun kesum, air asam jawa & perasakan dengan garam & gula secukupnya.
Kredit: NA Nadia

Dah siap! Mudah je kan nak buatnya. Campak-campak dah siap. Jadi kalau korang dah bosan makan sup dengan tomyam mungkin boleh cuba menu ni. 

Sumber: Puan Nadia 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 37 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!