Selalu kalau beli telur, balik tu tak hati-hati mesti ada jelah yang akan pecah masa dalam perjalanan. Nak buang sayang, tapi selamat ke nak dimakan?
Haa, jom sis bantu korang cari jawapan untuk persoalan ni.
Okey kajian mendedahkan bila telur dah pecah atau retak, kualiti dia akan menurun dan boleh menyebabkan keracunan makanan disebabkan risiko terdedah dengan bakteria salmonella.
Malah sebelum ni pun dah pernah dilaporkan kes keracunan makanan disebabkan makan telur retak.
Jadi kalau korang rasa membazir untuk buang telur yang dah retak masa dalam perjalanan balik lepas beli tu, ada beberapa cara untuk selamatkan telur korang yang retak tu.
- Sampai je rumah, terus pecahkan telur dan masukkan dalam bekas bertutup sebelum simpan dalam peti ais.
- Jangan biarkan telur ada dalam peti ais lebih dari 2 hari. Maksudnya sama ada korang terus masak lepas balik tu atau masak dalam tempoh masa 2 hari tu.
- Masa masak, pastikan yang telur tu masak sepenuhnya. Bukan buat lauk telur separuh masak ke, telur mata kerbau kuning cair ke.
Yang penting sebelum beli telur, check dulu ada retak ke tidak. Kalau retak pilih telur lain. Jangan ambil/beli sebab kita tak tahu bila telur tu retak/pecah dekat pasar raya.
Oh lagi satu, kalau korang nak jangka hayat telur yang korang beli tu tahan lama sikit, bolehlah simpan dalam peti ais. Tapi ingat tak perlu basuh pun. Basuh bila nak masak je.
Sebab tulah pentingnya cari telur yang bersih.
Korang juga mungkin berminat nak baca: Telur lama boleh bawa maut! Apa tanda telur lama? Jom baca di sini…