Barack Obama pernah cakap yang jadi ayah ni bukan sekadar ada anak-anak tapi dapatkan kekuatan untuk sayang dan sokong mereka melebihi segalanya.
Selalu orang Asia ni percaya, yang figura seorang ayah dan lelaki kena kuat dan gagah.
Kita selalu ada idea yang ayah sebagai penyara utama dan pelindung keluarga kena kuat hadapi cabaran dan kasih sayang hanya ditunjukkan dari perbuatan bukannya perkataan. Ayah ni macam tunggak utama yang kena bawa semua beban menanggung keluarga.
Jadi bila kepercayaan ni ada, ramai daripada lelaki Malaysia macam terbatas untuk berkongsi rasa & masalah dorang.
Jadi macam mana cara dorang hadapi masalah? Apa kebarangkalian yang mereka ni akan cari bantuan yang sepatutnya?
Budaya, agama, masyarakat, cara didikan keluarga & pendidikan rakyat Malaysia kebanyakannya hanya ajar orang lelaki kena mainkan peranan mereka untuk tanggungjawab, tapi kita lupa yang dorang ni pun juga manusia yang ada perasaan.
Dengan keadaan pandemik yang melanda, ini masa sukar untuk semua orang. Tak disangka, kesihatan mental menjadi isu yang sangat besar bila kita semua cuba adapt dengan norma baharu.
Dan impaknya turut terkesan pada mereka yang bergelar ayah yang struggle nak support keluarga.
Jadi sempena dalam bulan Jun yang menyambut Hari Bapa, apa kata kita luangkan masa sikit untuk bagi perhatian kepada figura lelaki yang dekat dengan kita – ayah, suami, abang, adik dan sebagainya.
Tanya dorang okey ke tidak dan boleh pinjamkan bahu untuk mereka meluahkan perasaan. Mungkin ini susah untuk mereka, tapi buatlah sesuatu yang tunjukkan kita ni selalu ada untuk mereka.
Simple act is enough.
Dari: Pang Chia Yee, Pensyarah Psikologi, Therapist & Pengkaji (Taylor’s University)
Kredit gambar utama: Iklan MetLife’s Thailand