Tengok resepi Ramadan Khairulaming masak ikan keli, terus terasa nak makan kan? Cuma ikan keli masalahnya memang pada bahagian lendir tu. Bila tak dicuci habis, bukan masa menggoreng je meletup-letup. Nak makan pun boleh putus selera sikit.
Tapi kalau masuk group FB Masak Apa Hari Ni (MAHN), banyak petua yang dorang share cara buang lendir dekat badan ikeli dengan mudah dan berkesan.
Kalau biasa kita buat, bersihkan ikan keli guna limau sama ada sental limau badan ikan atau pun rendam dalam air perahan limau, ada beberapa cara lagi nak buang lendir ikan keli yang akan buat kerja kita jadi lebih mudah.
1. Sental badan ikan keli gunakan daun pisang. Mudah sebab saiz daun pisang besar, jadi korang boleh sental dalam keadaan ikan dibalut daun pisang.
2. Kalau tak ada limau, boleh cuba gantikan dengan tepung atau cuka.
3. Atau boleh gunakan air yang dah dicampurkan dengan asam keping dan garam kasar. Basuh bersih kemudian barulah letakkan kunyit dan goreng macam biasa.
Mudah je kan?
Nak tips masakan atau petua dapur, korang boleh join group MAHN je. Macam-macam sharing boleh jumpa dalam tu.
Selamat mencuba!
Info: MAHN
Kredit gambar utama: Aida Akashahfitri via MAHN