Tempe kalau goreng macam tu je, kena pula dengan nasi panas, ulam segar dan sambal memang jauh boleh pergi rutin tambah nasi dalam pinggan. Nak nak pulak yang kat luar tu crispy, tapi bila dah gigit dalam tu dia punya lembut memang tak boleh bawa bincang nikmatnya.
Cara nak goreng tempe macam ni memang mudah je, jom ikut tips dari Norizam Salina yang dishare dekat group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) ni.
Rendam tempe dalam bancuhan air garam dan serbuk kunyit
Rendam tu buat dalam 30 min – 1 jam. Garam tu cukuplah secubit je untuk naikkan rasa lemak. Jangan letak banyak, nanti terlampau masin dah tak sedap.
Lepas tu bolehlah goreng macam biasa. Memang sedap sangat. Luar tu crispy crispy, dalam tu lembut sangat.
Selain daripada ni, korang ad acara lain tak nak masak tempe kasi sedap? Jom jom share. Kan ke sharing is caring.
Selamat mencuba!
Kredit gambar: Norizam Salina