Sekarang ni dah ramai yang sedar emas sebagai salah satu aset pelaburan yang bagus. Tak kisahlah emas dalam bentuk jongkong, syiling, not atau pun perhiasan, banyak sangat dah ditawarkan dalam pasaran.

Tapi pernah tak korang terfikir, kalau nak beli emas selain daripada warna kuning tu… Laku ke? Yelah sebab kita dah biasa tengok emas tu warna kuning. Jadi bila nak beli warna lain tu jadi insecure sikit. Yakin tak yakin je nak jadikan aset pelaburan.

Haa kalau macam tu jom sis nak share sikit pasal emas yang selain warna kuning ni.

Kalau nak tahu, emas selain daripada emas kuning ni laku je kalau nak jual semula. Sebab nilai emas tak dipengaruhi warna tapi kandungan emas di dalamnya. Ada 3 cara untuk tukarkan warna asal emas iaitu kuning kepada warna lain.

1. Campuran aloi

Sifat emas semulajadi yang lembut perlukan emas untuk dicampur dengan bendasing atau aloi untuk kuatkan struktur emas. Contoh macam perak, platinum, tembaga atau pun aluminium juga akan ditambah untuk hasilkan warna emas selain daripada warna kuning.

Yang menariknya, warna emas tak akan kembali ke warna asal kuning walaupun korang dah pakai lama. Kalau emas dah tak lagi glowing blink blink, boleh kilat & cuci macam biasa.

2. Teknik electroplating

Secara ringkasnya, teknik ni dibuat dengan tambah lapisan cat emas pada barang kemas secara elektrolitik. Warna emas yang terhasil kalau guna teknik ni biasanya terhad iaitu emas putih atau pink dan lapisan ni akan pudar menyebabkan emas akan kembali ke warna asal dia kuning.

Nak jadi macam asal, kena buat semula teknik ni.

3. Finishing Cataphoresis Lacquer

Finishing jenis ni biasanya ubah warna emas kepada warna selain kuning tanpa ubah sikit pun berat barang emas. Ha, yang nilah korang akan jumpa emas hijau, emas purple dan macam-macam lagilah.

Kalau dekat Habib Jewels, korang boleh tengok dekat koleksi Oro Italia 916. Nak tahu apa yang Habib Jewels tawarkan dalam koleksi tu, korang boleh terus je ke website www.habibjewels.com 

Kredit gambar: Habib Jewels