Masih ingat lagi dengan ‘mossy forest’ yang dipilih Yuna sebagai tema momen bahagianya bergelar isteri? 

Haa, sejak-sejak tu ramai yang memilih untuk adakan tema yang sama sebab momen yang terhasil nampak lebih mewah dan magikal! Memang memukau setiap mata yang memandang. 

Kalau nak tahu, korang pun dah boleh dapat momen yang sama dengan Yuna tanpa perlu travel jauh-jauh ke Bentong, Pahang. Hanya ke Petaling Jaya, korang boleh dapat rasa apa yang Yuna rasa.

Sebab Precious Wedding ada sediakan spot terbaharu resort-style bungalow iaitu Studio 10 untuk pasangan terutamanya pasangan muda yang cari sesuatu yang trending dan unik bagi merakam momen indah mereka.

Studio hartanah banglo 3 tingkat seluas 20,000 kaki persegi dengan halaman belakang yang subur ini mula dilancarkan sebagai studio perkahwinan pada tahun 2018. Dengan pelbagai kanvas yang diilhamkan daripada beberapa gabungan gaya dan rona memang sangat menarik untuk trend sekarang.

Maklumat lanjut tentang pakej, korang boleh terus ke website https://www.theprecious.com.my okey?