Susah kan sekarang nak dapatkan bekalan minyak sekarang ni? Terutamanya kalau isi rumah gunakan minyak bersubsidi. Kadang sampai berhari-hari minyak tak ada stok. Kalau ada pun, tak sempat grab dah habis.
Tapi kan korang pernah tak ternampak atau perasan tompok putih pada minyak? Yang kalau orang macam sis yang tak tahu ni akan rasa tu kulat. Sampai rasa was-waslah nak gunakan.
Dalam satu sharing di MAHN, ada yang bertanyakan hal ni. Daripada komen-komen barulah sis tahu yang benda ni biasa berlaku apabila minyak jadi beku. Puncanya kerana tempat simpanan minyak tu gelap atau sejuk.
Ada juga yang menjelaskan yang minyak beku ni akan hilang je kalau masukkan dalam kuali panas. Sebab bila sampai suhu tertentu dia akan bertepu. Selamat dimakan dan completely harmless katanya.
So lepas ni boleh guna tanpa ragu-ragu okey? Selamat dan diyakini gituh!
Posting asal: Allief Hayat via MAHN