Bila tengah lapar, dapat nasi kosong dengan telur mata kerbau disiramkan dengan sedikit kicap pun dah puas hati dah. Walaupun bunyi macam mudah, tapi sebenarnya nak dapatkan telur mata kerbau yang sempurna memang susah.
Di sisi berkerak, kuning elok sempurna cair dan cantik. Sampai tengok je pun dah boleh terliur.
Nak tahu tips goreng telur mata kerbau yang sempurna? Jom kita tengok sharing daripada Wan Luqman, anak murid kepada mahaguru sifu telur mata kerbau ini.
- Panaskan kuali sekejap sebelum letak minyak. Ratakan minyak ke seluruh permukaan kuali.
- Pastikan minyak banyak.
- Pastikan telur fresh, bukan telur dah nak expired. Kalau tak nanti bahagian kuning akan pecah.
- Sebaiknya gunakan telur saiz C dan D.
- Jangan biarkan minyak terlalu panas sampai kuali berasap baru nak masukkan telur. Nanti meletup.
- Pastikan tak ada air masa masukkan telur ke dalam kuali. Nanti meletup-letup, rosak tekstur telur korang.
- Tak kisah korang nak pecah direct terus ke kuali atau pun pecahkan dalam mangkuk pun boleh.
- Kalau korang suka kuning telur warna oren, korang boleh gunakan telur omega atau telur itik. Tapi biasanya telur itik saiznya besar.
Dah dapat tips ni, jangan lupa cuba try test nanti okey? Barulah boleh feeling-feeling sikit ala-ala cef, walaupun menunya cuma telur mata kerbau.
Info & kredit gambar: Wan Luqman