Susah nak percaya tapi itulah yang berlaku. Siapa sangka lelaki yang baru dinikahi tiga hari lalu akhirnya tertangkap basah. Bukan dengan orang lain, tetapi dengan mentuanya sendiri.

Dalam satu podcast yang viral di TikTok, selepas berbulan memendam rasa, Norma akhirnya berkongsi kisah rumah tangganya yang runtuh sekelip mata akibat nafsu.

Pada ketika itu beliau yang bekerja menerima mesej daripada sepupunya untuk pulang ke rumah secepatnya. Walaupun pada awalnya cuba untuk berfikiran positif dan tak nak keruhkan keadaan, Norma akhirnya terpaksa menerima kenyataan mengenai hubungan terlarang antara suami dan ibunya.

Malah kata Norma, suaminya (kini bekas suami) pernah kantoi bertukar mesej 18+ bersama ibunya, malah mereka juga kantoi berhubungan semasa bulan puasa.

Kecewa dengan perkara tersebut, Norma dan ayahnya akhirnya bersepakat untuk berpisah dengan pasangan masing-masing dengan meminta sejumlah ganti rugi.

Begitulah, bila nafsu dah merajai. Memang tak nampak dah benda lain.

TikTok: @katelagosong_