Superstar yang menjadi kegilaan ramai kerana karismanya dalam lakonan, Thalapathy Vijay dikatakan sedang dalam proses perceraian bersama isterinya selepas berkahwin selama lebih 22 tahun.
Dalam laporan beberapa media, khabar angin perceraian mereka bermula selepas laman Wikipedia Vijay menyatakan yang beliau dan Sangeetha telah bersama-sama memutuskan untuk bercerai.
Walau bagaimanapun, menurut laporan di media lain, khabar angin perceraian Vijay dan Sangeetha adalah tidak berasas.
Khabar angin ini dikatakan semakin menjadi panas apabila Sangeetha tidak hadir ke pelancaran muzik Varisu dan baby shower Atlee dan Priya.
Namun, ketidakhadiran Sangeetha di acara Vijay adalah kerana beliau sedang bercuti dengan anak-anaknya di Amerika Syarikat. Dan Vijay juga dijangka akan menyangka akan menyertai keluarganya tidak lama lagi.
Walau bagaimanapun tiada apa yang disahkan secara rasmi mengenai berita ini. Harap ia sekadar khabar angin sahajalah kan? Mereka ini power couple kot.