Gara-gara ayah tidak mahu ke JPN untuk mendaftarkan kelahiran anak, seorang anak terpaksa berbinkan Abdullah. Menurut ibu kepada bayi yang juga merupakan seorang influencer, suaminya tiba-tiba ‘hilang’ selepas beliau melahirkan.
Disebabkan tiada dokumen penting untuk pendaftaran seperti kad pengenalan ayah, nasab Abdullah terpaksa digunakan.
Dalam satu sharing di TikTok, si ibu berkongsikan perbualannya bersama seseorang yang difahamkan sebagai salah seorang kakitangan JPN tentang dokumen yang diperlukan. Menurut maklumat, jika tiada dokumen tersebut maka nasab Abdullah terpaksa digunakan.
Si ibu juga menyatakan kerisauan sekiranya anak tersebut besar, pastilah akan mempersoalkan mengapa nasab binnya berbeza dengan adik-beradiknya yang lain.
Semoga si ibu tabah dengan ujian ini. Sama-sama kita doakan.
Kredit: Norsufinajohari via TikTok