Sekalung Tahniah kepada NIVEA kerana menerima pengiktirafan daripada “Malaysia Book of Records” untuk penyertaan terbesar dalam Cabaran Anti Bintik Hitam. Kalau uols nak tahu, ribuan rakyat Malaysia telah memberi testimoni positif terhadap keberkesanan NIVEA LUMINOUS630 dalam melawan bintik hitam, sis pun salah seorang penggunanya hihi.
NIVEA LUMINOUS630 adalah hasil dari 10 tahun kajian yang mendalam dan melalui proses pengujian 50,000 molekul oleh saintis kulit di Jerman. Hebat kan? NIVEA LUMINOUS630 Anti Dark-Spot Serum pula merupakan ciptaan anti bintik hitam terobosan yang dirumuskan untuk mengurangkan bintik hitam, garis halus dan meningkatkan keserian dalam masa 2 minggu tanpa merosakkan kulit. Dr Shazril Shaharuddin dalam perkongsiannya memberikan pandangan yang lebih mendalam tentang sains di sebalik NIVEA LUMINOUS630. Bertuahnya siapa yang dapat dengar talk Dr Shazril ni!
Turut hadir, Harith Iskander bersama Bernard Hiew sebagai pengacara dan juga rakan artis seperti Fattah Amin, Nabila Razali dan Danny Koo yang berkongsi pengalaman peribadi mereka tentang bintik hitam dan NIVEA LUMINOUS630. Untuk uols yang nak tahu lebih lanjut tentang produk NIVEA, boleh ke www.facebook.com/mynivea atau layari https://www.nivea.com.my/.