Ingat lagi tak momen berharga yang berjaya menyentuh perasaan semasa pemain Morocco, Achraf Hakimi serta beberapa yang lain memeluk dan mencium ibu mereka selepas berjaya mengalahkan Belgium dalam Piala Dunia Qatar Februari lalu?
Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba Achraf sekali lagi menjadi liputan berita hangat selepas rumah tangganya dengan aktres dari Eropah, Hiba Abouk dilaporkan runtuh selepas bersama hampir 3 tahun.
Hiba nekad memfailkan perceraian dengan menuntut separuh daripada harta Achraf yang bernilai lebih RM338 juta. Untuk pengetahuan anda, Achraf merupakan salah seorang pemain yang dibayar dengan gaji paling tinggi dalam senarai French League iaitu dengan purata sekitar RM4.88 juta sebulan.
Namun, Hiba terpaksa berputih mata apabila Achraf mendepositkan 80% daripada hartanya di bawah nama ibunya setiap bulan di mana segala barang yang mahu dibeli akan melalui ibunya.
Dan untuk pengetahuan korang juga, Achraf berdepan dengan dakwaan merogol selepas seorang wanita berusia 24 tahun melakukan dakwaan tersebut pada Februari lalu. Walaupun pihak polis telah membuka siasatan berhubung kes berkenaan, mangsa memberitahu pihak berkuasa bahawa dia hanya mahu membuat kenyataan tersebut tanpa mengemukakan aduan rasmi.