Bermain dengan emosi adalah perkara paling senang untuk pancing perhatian orang ramai. Terutamanya jika berkait dengan kematian ahli keluarga tersayang.
Baru-baru ini viral kisah yang menimpa seorang lelaki yang kononnya sedih kerana kehilangan isteri dan anaknya dalam dua kejadian tragis.
Ramai jugalah yang sedih, siap ada yang menangis membawa perkongsian beliau!
Penipuan ini dibongkarkan oleh seorang doktor, Dr Syahr Musafir di Facebooknya selepas merasa curious tentang identiti lelaki tersebut kerana di dalam hantaran tersebut ada menulis tentang Adelaide, tempat yang tidak asing untuk Dr Syahr kerana pernah tinggal di sana selama lapan tahun.
Namun apabila carian gambar dilakukan di Google Lens, hasil carian bukanlah tentang Dr Iqbal tadi sebaliknya ia merupakan gambar milik seorang jururawat warga Indonesia yang bekerja di Los Angeles iaitu Hengky Lim.
Kemudian selepas carian kedua dilakukan iaitu gambar anak-anak yang diceritakan sebagai Melissa dan arwah Rayyan, hasilnya masih sama! Ia datang dari satu website yang dipanggil Picabay dot Com.
Hmm, terus rakyat Malaysia kena sedut balik air mata yang dibazirkan semalam. Sudahlah sekarang musim panas! Membazir tau!
Memang dunia sekarang ini dunia tipu-tipu ke gais?
Facebook: Dr Syahr Musafir