Ada Lirik Puja Manusia, Lelaki Beri Ingatan Hati-Hati Dengan Lagu Hindustan Popular Nyanyian SRK Ini

Siapa sahaja tidak kenal dengan Raja Bollywood yang satu ini. Berjaya menarik peminat daripada pelbagai peringkat umur dan dari pelbagai negara, kekayaan terkumpul Shah Rukh Khan pada 2023 berjaya menempatkan beliau sebagai pelakon ke-4 terkaya di dunia dan mengalahkan bintang global lain seperti Tom Cruise, Jackie Chan dan George Clooney.

Lagu-lagu yang dinyanyikan beliau dalam filem-filemnya pasti menjadi siulan antaranya lagu Dil To Pagal Hai, Jiya Re, Chammak Challo, Challa, Main Agar Kahoon dan banyak lagi. 

Sebagai penutur bahasa yang berbeza, ada yang menghafal lagu berkenaan tanpa mengetahui makna di sebalik lagu tersebut kan? Kerana melodinya yang sangat catchy dan filemnya yang memberi kesan kepada penonton.

Memberi peringatan kepada semua untuk lebih berhati-hati, lelaki ini menjelaskan bahawa lirik daripada salah satu lagu popular yang sering menjadi siulan iaitu Tujh Mein Rab Dikhta Hai daripada filem Rab Ne Bana Di Jodi adalah lagu kufur sarih (jelas) kerana memberi maksud memuja seseorang.

Antaranya:

Tujh mein rab dikhta hai” – Aku melihat Tuhan dalam dirimu

Sajde sar jhukta hai” – Kepalaku menunduk untuk memujamu

Tu hi meri ibaadat” – Kaulah ibadatku

Moga kita lebih berhati-hati lepas ni. Mungkin sebelum nak nyanyi tu, kena tengok dulu maksud supaya terhindar daripada perkara-perkara sebegini.

Facebook: Muhammad Izzat Al-Kutawi