BloomThis, platform jualan hadiah yang paling happening di Malaysia, baru-baru ni umum bukak kedai fizikal terbaru kat pejabat di Petaling Jaya. Selain sambut anniversary bisnes diorang yang ke-8, BloomThis juga menceburi jualan runcit jugak. Diorang nak bagi pelanggan pengalaman beli yang senang giler dan puas hati!
Pelancaran kedai fizikal terbaru ni memang big deal dalam strategi BloomThis sebab mereka ingin memperluaskan lagi pengalaman berurusan dengan semua Bloomies, kawan-kawan bisnes, dan pihak-pihak penting lain.
Ketika BloomThis mengembangkan perniagaan melangkaui ruang digital, kedai fizikal ini menzahirkan komitmen jenama ini untuk memupuk rasa kebersamaan dalam kalangan komunitinya dan memberikan sentuhan peribadi dalam sebuah dunia yang semakin lama semakin bersifat digital. Pelancaran kedai jualan runcit fizikal ini selaras dengan visi BloomThis dalam mendefinisikan semula seni memberi hadiah dan gubahan bunga menerusi pengalaman yang diperibadikan untuk pelanggan.
Sebelum ini, BloomThis hanya menggunakan pejabat mereka untuk menguruskan pesanan atas talian yang di buat oleh pelanggan, serta menjadikan kan pick-up point bagi Bloomies yang ingin mengambil sendiri. Sekarang, para pelanggan boleh lihat, bau dan rasa sendiri bunga2 yang berada di kedai fizikal mereka.