Dalam rutin penjagaan kulit, tidak ada yang lebih penting daripada memastikan kelembapan yang cukup untuk menjaga kulit terhidrasi dan kekal glowing. Sementara, kulit sensitif pula adalah masalah biasa yang menjejaskan kira-kira 50 peratus daripada jumlah populasi manusia, dengan kadar kelaziman global yang dilaporkan antara 12.79 peratus hingga 68.4 peratus.
Masalah kulit wajah sensitif ini bukan saja untuk jenis kulit tertentu, tetapi ia turut dihadapi semua jenis kulit termasuk berminyak, berjerawat, kering dan matang. Bagi mereka yang mengalami masalah kulit sensitif, anda perlu menggunakan produk penjagaan wajah yang lembut untuk mengelak iritasi.
Dengan itu, Cetaphil®, jenama penjagaan kulit dermatologi No. 1 di Malaysia memperkenalkan produk inovasi penghidratan era baharu dengan pelancaran tambahan produknya yang terkini dalam rangkaian Optimal Hydration: Cetaphil® Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel BAHARU! Ia gel air ringan yang menghidratkan kulit kering dengan serta-merta dan mendalam secara berterusan selama 72 jam dan terbukti secara klinikal dapat meningkatkan kualiti kulit hanya selepas menggunakannya dua kali sehari selama sebulan, sekali gus menampilkan kulit yang lebih licin dan halus.
Gel air yang bersifat sangat ringan dan menyejukkan ini menangani tanda-tanda utama dehidrasi kulit dan memberikan kesan nyaman dan kelegaan penghidratan serta-merta kepada kulit sensitif. Ia juga terbukti secara klinikal dapat memperkukuh penahan lembapan kulit sehingga 24 jam dan mengurangkan lima tanda sensitiviti (keradangan, sensitiviti, kekusaman, ketegangan dan kekasaran) selepas tujuh hari penggunaan.
Menurut Pengurus Cawangan Galderma Malaysia, Cindy Tiu, Cetaphil® berhasrat untuk memenuhi dan melangkaui jangkaan pengguna dengan menawarkan penyelesaian penjagaan kulit yang berkesan dan bukan hanya sekadar penghidratan yang biasa kepada mereka.
Matlamat Cetaphil® adalah untuk memperkasakan individu dengan kulit sensitif untuk memperoleh kulit yang sihat, terhidrat dengan baik dan berdaya tahan.
Rangkaian Cetaphil® Optimal Hydration termasuk Cetaphil® Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel BAHARU kini boleh didapati di semua farmasi terkemuka di seluruh negara, termasuk Watsons, Guardian dan e-kedai rasmi Cetaphil®. Pengunjung juga boleh menebus contoh percuma Cetaphil® Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel dan menikmati hadiah percuma eksklusif dengan pembelian Cetaphil® Hydration Skin Bar, mulai sekarang sehingga November, di cawangan Watsons dan Guardian terpilih di pusat beli belah.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.cetaphil.com.my/.