IPC dengan kolaborasinya bersama rakan kongsi terkemuka, Alliance Bank, meraikan ‘hasil rekaan hijau’ 40 finalis Anugerah IPC Little Eco-Heroes yang bersemangat dan berinovatif dalam majlis penyampaian anugerah IPC Little Eco-Heroes. Setiap hero cilik (eco-hero) dinobatkan sebagai juara untuk ciptaan mereka yang sangat kreatif, praktikal, berinovasi, estetik serta komitmen tinggi mereka terhadap mencapai kelestarian sejagat.
Sejak diperkenalkan pada November 2023, Anugerah IPC Little Eco-Heroes telah memperolehi 151 penyertaan kanak-kanak dan remaja yang berkobar-kobar untuk berkongsi idea inovatif dan mesra alam mereka bagi menyelesaikan isu alam sekitar. 40 daripada idea tersebut direalisasikan melalui prototaip fungsian atau tidak fungsian yang diperbuat dari bahan-bahan kitar semula atau yang boleh dikitar semula, dan kemudiannya dipamerkan di galeri yang terletak di Atrium di belakang ruang legar utama (Concourse), Tingkat G dari 1 hingga 10 Mac dan dibuka untuk undian awam.
Pengunjung dari setiap peringkat umur turut berikrar menjadi Penjaga Planet (Guardians of the Planet) dan menyertai pelbagai aktiviti termasuklah Recyclable Rescuer Race, Super Recycle Bowl dan Recycling Ranger Challenge bertempat di ruang legar utama (Concourse). Pendekatan yang unik ini bagi menggalakkan pengunjung untuk menerokai konsep penggunaan semula dan kitar semula sisa buangan.
Cik Karyn Lim, Pengurus Besar IPC Shopping Centre, berkata, “Sejak hari pertama kami beroperasi 20 tahun yang lalu, IPC Shopping Centre sentiasa menitikberatkan tentang hidup secara mampan dan berbakti kepada bumi kita. Selain daripada menjadikan amalan menjaga kehijauan dalam operasi harian, kami berazam untuk memberi inspirasi dan memberi peluang kepada masyarakat di sekitar kami untuk menjalankan tanggungjawab mereka terhadap alam sekitar. Kami telah menaik taraf Recycling & Buy-Back Centre (RBBC) pada tahun 2022 dan memperkenalkan stesen pengecasan EV kami pada tahun lepas untuk memudahkan para pengunjung kami membuat pilihan yang mesra alam. Apabila kita beramai-ramai menjalankan peranan masing=masing, hasilnya memang cukup menakjubkan. Atas sebab inilah kami gembira untuk bekerjasama dengan Alliance Bank yang berkongsi kesedaran yang sama bagi mencapai kelestarian dengan inisiatif seperti Anugerah Little Eco-Heroes. Ianya sangat menerujakan bila melihat kanak-kanak dan remaja berganding bahu untuk membuat perubahan ke atas kelestarian sejagat dan kesejahteraan masyarakat. Dengan menutup tirai Anugerah Little Eco-Heroes, kami berharap ia menjadi permulaan ke arah masa depan bumi yang lebih hijau.”
Ketua Pegawai Strategi, Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Kumpulan Alliance Bank, Dr Aaron Sum berkata, “Sebagai sebuah institusi bank, tanggungjawab kami melangkaui perkhidmatan perbankan tradisional. Sejajar dengan tujuan jenama baru kami, ‘The Bank for Life’, kami berazam untuk menjadi bank yang komited berkhidmat untuk komuniti. Satu cara untuk menunjukkan komitmen Alliance Bank adalah dengan menyediakan platform seperti “Anugerah Little Eco Heroes” yang menggalakkan generasi muda untuk terlibat secara aktif dalam memberi sumbangan ke arah masyarakat yang lebih baik atau meninggalkan impak positif ke atas alam sekitar. Kami berbangga menjadi sebahagian daripada inisiatif bermakna ini, yang membolehkan kanak-kanak serta remaja menyerlahkan bakat mereka serta memberikan mereka inspirasi untuk menjadi duta kecil yang mengubah dunia.”
Anugerah IPC Little Eco Heroes terdiri daripada 5 kategori, setiap satunya meraikan aspek ekoinovas anak muda yang berbeza.Selain sijil peribadi dan trofi unik yang diperbuat daripada bahan kitar semula, kumpulan dan individu yang berjaya akan dihadiahkan dengan Tack Points (120,000 bernilai RM1,000 untuk kategori berkumpulan dan 30,000 yang bernilai RM500 bagi kategori individu). Sebagai tambahan, ganjaran tunai juga akan dimasukkan ke dalam akaun Alliance Bank mereka, iaitu RM500 untuk kategori berkumpulan – seorang penerima bagi setiap kumpulan dan RM200 untuk kategori individu, sebagai pengiktirafan ke atas pencapaian cemerlang mereka.
Selain meraikan pengunjung, IPC Shopping Centre turut sama menghargai rakan-niaganya yang komited mengamalkan pengasingan sisa buangan di dalam kedai dan menghantarnya ke Recycling & Buy-Back Centre (RBBC) untuk dihapuskan dengan sewajarnya, melalui Anugerah Rakan Niaga Hijau IPC.
Spotlight merangkul Pingat Emas manakala Popular & Urban White serta Poney masing-masing menerima Pingat Perak dan Gangsa. Pengiktirafan istimewa diberikan kepada De Rayyan Café atas amalan kitar semula mereka yang mengagumkan dengan kadar 78% iaitu sebanyak 7,597 kilogram bahan kitar semula termasuk sisa makanan dihantarkan ke RBBC pada tahun 2023.
Lain-lain pemenang anugerah yang menyumbang lebih daripada 75% kadar kitar semula adalah termasuk Sketchers, LC Waikiki, Toys “R” Us, Happikiddo, Little World, Signature dan Crocs
Untuk maklumat lanjut tentang Anugerah IPC Little Eco-Heroes dan Anugerah Rakan Niaga Hijau, layari ipc.com.my/littleheroes.