Lepas raya, ukuran pinggang semakin meningkat ker? Kena berhati-hati ni sebab penambahan berat badan yang berlebihan boleh mengancam kesihatan. Kurus bukan nak cantik, tapi lebih kepada nak sihat!
Ini ada satu cara yang menyeronokkan untuk amalkan gaya hidup sihat. Quaker melancarkan kempen Jom Quaker Fit yang bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan penjagaan dan peningkatan diri dengan memantau berat badan melalui diet yang betul dan gaya hidup yang lebih sihat.
Bukan sesuatu yang mustahil bila Quaker menyediakan Panduan Resipi 30-Hari untuk membantu kita menikmati hidangan yang lebih sihat dan enak menggunakan oat. Quaker juga berkolaborasi dengan empat orang pempengaruh media sebagai salah satu usaha menceriakan lagi kempen pengambilan makanan sihat dan sentiasa kekal aktif melalui Cabaran 30-Hari dalam kempen Jom Quaker Fit.
Direka bersama pencipta konten yang memfokuskan kepada kecergasan dan pemakanan bernutrisi, Cabaran 30-Hari Jom Quaker Fit menyediakan program berjadual yang mudah diikuti untuk membantu para peserta memantau berat badan mereka.
Kita juga boleh memantau usaha pengurusan berat badan dengan menggunakan templat Instagram Story yang disediakan oleh Quaker untuk pemeriksaan mingguan berkala. Templat ini merupakan cara yang menyeronokkan dan interaktif untuk kita melihat pencapaian masing-masing, berkongsi maklumat dan saling berhubung antara satu sama lain.
Aditya Ahuja, Ketua Komersil PepsiCo Malaysia berkata, “Gaya hidup yang sihat tak semestinya gaya hidup yang tidak menyeronokkan. Sebagai sebuah jenama yang komited dalam menggalakkan hidup sihat yang cergas, Quaker sangat teruja untuk memperkenalkan kempen Jom Quaker Fit yang disokong oleh Cabaran 30-Hari serta Panduan Resipi 30-Hari. Kami membentuk program ini untuk memberi tumpuan kepada perubahan-perubahan kecil yang boleh diurus dan boleh memberi impak besar dari masa ke semasa.
Melalui kempen ini juga, Quaker juga ingin memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menerokai pelbagai cara untuk sihat bersama Quaker dengan diet yang seimbang dan gaya hidup yang lebih sihat dengan pengambilan 7 kali lebih banyak serat.”
Dr.Kit (Phanvijhitsiri), Pengurus Penyelidikan & Pembangunan Sains Hayat PepsiCo Asia berkata, “Mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat tidak semestinya memerlukan perubahan yang drastik. Ia berkaitan dengan menjalani rutin yang sihat. Memperuntukkan 20 minit untuk aktiviti fizikal setiap hari dan menggunakan sekurang-kurangnya 75g oat dalam hidangan utama harian anda adalah permulaan yang baik untuk usaha anda mencapai kesejahteraan. Langkah-langkah kecil ini, jika dilakukan secara konsisten boleh membantu anda mengekalkan berat badan yang sihat serta memberi peningkatan yang signifikan ke atas kesihatan secara keseluruhan. Kami amat percaya setiap orang boleh berjaya mencapai kehidupan yang lebih baik, tak kira di mana mereka bermula.”
Sebagai motivasi, Quaker akan memilih seorang pemenang yang menunjukkan transformasi yang paling ketara selepas melengkapkan Cabaran 30-Hari Jom Quaker Fit. Hadiah utama termasuk pemeriksaan komprehensif bernilai RM1,600, baucar melancong RM5,000 dan bekalan produk Quaker selama sebulan bernilai RM268. Berikut adalah syarat peraduan:
- Lengkapkan kesemua empat minggu log masuk mingguan menggunakan templat “Add yours” yang disediakan oleh Quaker.
- Paparkan sekurang-kurangnya satu produk Quaker dalam gambar setiap minggu.
- Pamerkan dengan cara paling kreatif perbezaan paling ketara pada timbangan berat serta mood anda.
- Tag @quakeroats_malaysia pada setiap hantaran Instagram Story mingguan anda. (Pastikan profil anda adalah umum/publik)
- Quaker akan memilih peserta yang menunjukkan transformasi paling ketara dan memberi inspirasi.
- Pemenang akan diumumkan di Instagram Quaker Malaysia. Tertakluk pada terma dan syarat.
Sempena Bulan Pemakanan Bernutrisi Malaysia (Nutrition Month Malaysia) dari 22 sehingga 26 Mei 2024, Quaker turut akan menganjurkan aktiviti di Pavilion Bukit Jalil sebagai tanda sokongan kepada rakyat Malaysia dalam perjalanan pengurusan berat badan untuk gaya hidup yang lebih sihat. Semasa majlis ini nanti, para pengunjung boleh bertemu dan bersoal jawab dengan pakar pemakanan, mendapatkan tip tentang pengambilan oat dalam hidangan,dan juga mendapatkan idea baharu agar dapat kekal aktif.
Untuk ketahui lebih lanjut tentang kempen Jom Quaker Fit atau ingin sertai Cabaran 30-Hari Cabaran 30-Hari Jom Quaker Fit, sila kunjungi laman sosial Quaker.