Penjagaan diri tidak terhad kepada kesihatan tubuh badan mahupun mental semata-mata, tetapi kesihatan penjagaan gigi juga perlu dititikberatkan dari awal. Apabila gigi dijaga dengan baik, ia dapat meningkatkan keyakinan diri dan memberikan senyuman menawan.
Straumann, jenama terkemuka Straumann Group – salah satu pengeluar implan terbesar di dunia mengumumkan kejayaanya selama 70 tahun mencipta inovasi dan berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama implantologi ikonik dalam kalangan komuniti pergigian.
Sejak diasaskan pada tahun 1954 hinggalah pembangunan teknologi canggih dalam bidang implantologi dan pergigian digital, sejarah Straumann penuh dengan pencapaian signifikan yang telah membentuk industri pergigian. Kejayaan yang dicatatkan oleh jenama itu dalam bidang penyelidikan dan sains menerusi implantologi dan penubuhan Pasukan Implantologi Antarabangsa (penyedia geran pendidikan dan kajian terkemuka dalam bidang implan pergigian untuk profesional pergigian di seluruh dunia) sehingga IPO dan pengembangannya ke peringkat global sememangnya luar biasa. Perjalanan ini telah membawa kepada pelbagai inovasi yang ditunjangi oleh kejuruteraan premium Swiss, mempamerkan komitmennya untuk terus meningkatkan tahap penjagaan pergigian dan menunjukkan semangat keusahawanan yang tinggi.
“Tumpuan kami terhadap inovasi digital di Malaysia menyasarkan kepada peningkatan ketepatan dan kecekapan rawatan pergigian, sekaligus menangani keperluan masyarakat tempatan dengan lebih berkesan. Di Straumann Group, kami menawarkan implan pergigian, penyelesaian regeneratif dan penyelesaian digital lain seperti pelaras ClearCorrect. Selain penawaran produk kami, Straumann dengan bangganya menyediakan perkhidmatan hujung-ke-hujung yang menyeluruh dan sokongan selepas jualan yang mantap untuk memastikan pelanggan anda pulang dengan senyuman.” kata Pengarah Komersial Asia Tenggara Straumann Group, Vida Lau
Straumann juga memainkan peranan penting dalam usaha mentransformasikan penjagaan pergigian, dipacu oleh komitmennya terhadap standard pembuatan dan kejutureaan Swiss serta budaya penyelidikan, inovasi, dan pendidikan yang mantap untuk memberikan akses penjagaan oral yang lebih baik kepada semua.
Impak Straumann yang signifikan terhadap implantologi, prostetik, pergigian digital, dan regenerasi telah mengukuhkannya sebagai pilihan utama dalam pergigian premium. Pada masa yang sama, Straumann juga menyediakan ekosistem bersepadu yang direka untuk aliran kerja digital dan pengalaman rawatan hujung-ke-hujung berteraskan pelanggan yang merangkumi pelbagai rangkaian produk, penyelesaian, dan perkhidmatan yang komprehensif. Layari website www.straumann.com.my untuk ketahui lebih lanjut.