ZafigoX 2024: Rejuvenation, Menyemarakkan Inspirasi Dari Wanita hebat

Kehebatan wanita masa kini sememangnya luar biasa. Walaupun perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran dan liku kehidupan, itu bukanlah satu penghalang untuk mereka bangkit semula. Jadi tidak hairanlah kenapa wanita masa kini tampak lebih berani, berdikari dan bertanggungjawab untuk penuhi segala impian dan berjaya dalam kehidupan yang mereka inginkan. 

ZafigoX 2024:Rejuvenation kembali pada 12 & 13 Oktober 2024 ini bertempat di Menara KEN TTDI, Kuala Lumpur dengan menjanjikan pengalaman transformatif setelah lima tahun berhenti. Terdapat pelbagai aktiviti termasuklah siri ceramah menarik, bengkel berwawasan, dan persembahan memukau.

Acara kali ini akan menampilkan barisan perintis wanita berpengaruh dari seluruh dunia.  Penceramah antarabangsa termasuk Asma Khan, salah seorang usahawan wanita termasyhur UK dan pendukung perubahan sosial perubahan sosial dalam industri makanan. Dr Mona Minkara, yang lebih dikenali sebagai ‘Pengembara Buta’, memperjuangkan akses kepada pengembaraan dan pengangkutan untuk komuniti orang buta. 

Bukan itu sahaja, akan ada sesi temu bual bersama wartawan Palestin, Plestia Alaqad di mana beliau akan berkongsi pengalaman peribadinya, dan Sara Jane Ho, seorang pakar etika terkemuka antarabangsa dan pengacara rancangan terbitan Netflix, Mind Your Manners yang dicalonkan untuk anugerah Emmy. 

Tidak ketinggalan juga, Datuk Nicol Ann David bersama pengasas Zafigo.com, Datin Paduka Marina Mahathir turut membuat penampilan di acara ini untuk berkongsi peranan beliau dalam usaha memperkasa belia daripada komuniti B40 dan M40 menerusi pertubuhan Nicol David. 

Acara dua hari ini juga akan menampilkan penghibur tempatan yang luar biasa termasuk Sheena Baharudin, seorang penyajak-pendidik terkenal, dan penceramah TEDx sebanyak dua kali yang menyampaikan puisi berbilang bahasa yang penuh bertenaga ke pentas tersebut dan Velvet Aduk, penyanyi kelahiran Sabah dan alumni Akademi Fantasia 4, yang mengembangkan kepelbagaian karya muziknya dengan muzik dunia, balada, funk dan jazz.

Sila lihat senarai penuh penceramah, ahli panel, dan penghibur di sini:  https://zafigo.com/zafigox/.